Jumaat, 30 Mei 2014

PERANAN IBU - BAPA @ MESYUARAT PIBG

Assalammualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali  pada jam ini dan masa ini.

Walau apa yang saya tulis ini sudah berlalu beberapa bulan yang lepas , tetapi ia masih tersimpan dalam draf ,cuma masa untuk saya menaip dan menghasilkan karya dalam blog ini amat terhad.

Sebagai seorang guru, memang banyak  tugas yang perlu diselenggarakan.Begitu juga sebagai seorang ibu dan isteri ,bebanan tugas amat mencabar ketahanan mental,fizikal dan emosi.

Ok kembali kita kepada tajuk utama saya hari ini iaitu Mesyuarat PIBG,yang telah diadakan di Sekolah tempat Saya bertugas. Mesyuarat  yang diadakan pada 15.Mac.2014 ini telah mendapat sambutan hangat daripada ibu- bapa.Kehadiran ibu - bapa pada pagi tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa.

Sebagai ketua Sekolah,Guru Besar telah memberikan ucapan dengan ceramah bertajuk " Peranan Ibu-bapa @ Penjaga . " Nampaknya apa yang disampaikan oleh Guru besar pada pagi tersebut telah membuka minda ramai  daripada ibu-bapa ,betapa peranan mereka amat diperlukan oleh anak - anak mereka.Selama ini, mereka seolah - olah tidak sedar bahawa anak- anak mereka amat memerlukan perhatian daripada ibu- bapa tetapi mereka terlalu berserah kepada pihak sekolah  dan guru - guru untuk mendidik dan membimbing  anak- anak mereka.

Guru besar telah menyampaikan ceramahnya dengan berkesan sekali.Saya yang berada pada masa itu,mengambil peluang  menulis apa yang disampaikan oleh Guru Besar kepada ibu- bapa yang hadir.
saya ingin berkongsi dengan anda apa pengisian ceramah tersebut,kemungkinan anda adalah sebagai ibu-bapa atau bakal jadi ibu atau bapa…..hehheheeh gurau aja. 


Tajuk ceramah:" PERANAN IBU-BAPA @ PENJAGA "





  • Ibu - bapa sebagai jurulatih
  • Ibu - bapa perlu tahu tanggung jawab
  • Nasihat ibu - bapa adalah pelaburan untuk anak - anak.
  • Nasihat dan tunjuk ajar ibu - bapa sebagai pengukuh kepada minda anak - anak.
  • Ibu - bapa sebagai mentor.
  • Ibu - bapa adalah model kehidupan anak - anak



Guru besar juga meneruskan ucapannya dengan mengatakan  bahawa ibu - bapa perlu menjalin hubungan yang baik dan erat dengan pihak Sekolah.Ibu - bapa perlu tahu nama guru-guru anak mereka,nama kelas dan lokasi kelas anak mereka.

Ledakan teknologi maklumat  yang canggih,gunakan sebagai perhubungan dengan guru- guru dan pihak sekolah tetapi gunakan ke arah yang baik dan positif.


Kemudahan seperti Whatsapp, FB , SMS , telefon , Fax dan sebaginya, bukan lagi sesuatu yang asing kepada kita pada zaman ini.Ambil ikhtibar dan gunakan segala kemudahan yang ada bagi mendekatkan ibu - bapa kepada Guru - guru anak  mereka.

Peranan ibu - bapa, Guru , murid,  sebagai suatu komuniti  harus diambil kira keberkesanannya.
Komuniti yang baik, komuniti yang berjiwa positif boleh menyemarakkan lagi suasana di kawasan Sekolah.

Segelintir ibu - bapa cuba menjauhkan diri daripada guru kerana malu dan tidak pandai berkomunikasi dengan guru anak mereka.Guru besar cuba menyelar perbuatan seperti ini adalah kurang efisen.

Para ibu - bapa perlu sedar dan tahu bahawa betapa tugas seorang guru itu amat berat.Ibu - bapa perlu sedar bahawa guru - guru telah bertungkus lumus mendidik dan membimbing anak- anak mereka.Sebagai ibu- bapa,ambillah peluang untuk berbaik- baik dan bermesra dengan guru.Ucapan terima kasih yang diluahkan oleh ibu - bapa kepada guru,amat berharga daripada wang ringgit.

Bagaimana Cara memajukan anak - anak anda ?

Banyak cara untuk memajukan anak - anak  murid.Pihak sekolah mengadakan kelas tambahan seperti tuisyen berbayar pada waktu malam dari jam 7 malam hingga jam 9 malam,kelas tambahan tak berbayar pada hari sabtu di Sekolah.Begitupun banyak kelas - kelas tuisyen di kawasan sekitar perumahan . Ibu - bapa seharusnya tidak ada alasan kenapa anak - anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Menurut Guru besar lagi , guru - guru perlu tahu  bahawa ibu - bapa adalah penyokong kuat terhadap anak - anak mereka. Ibu- bapa perlu berbincang dengan guru tentang permasalahan yang mereka hadapi berkenaan dengan anak - anak mereka.Guru adalah penasihat yang baik.berbincanglah dengan guru dan minta pendapat guru.bagaimana dengan prestasi anak -anak anda,adakah perlu mengikuti kelas tambahan di Sekolah atau sebaliknya.

Ibu - bapa adalah sahabat kepada anak - anak mereka.Jadikan anak anda sebagai sahabat anda.jangan biarkan mereka lari dan menjauhi ibu- bapa. Wujudkan kemesraan di rumah.

Ibu - bapa mesti tegas,bertimbang rasa dan bagi arahan yang tepat kepada anak- anak anda.Beri ruang kepada  anak - anak anda untuk bercakap dan cuba dengar apa yang mereka katakan.

Sebenarnya ada beberapa tips lagi yang diucapkan oleh Guru Besar dalam ceramahnya.saya cuba pendekan dengan kata-  kata akhir Guru Besar dengan mengambil contoh Sekolah Ulu Lubai di Sarawak.Murid- murid S.K.Ulu Lubai memanfaatkan masa mereka untuk belajar, mereka belajar dengan tekun , mereka belajar mengikut jadual waktu yang disediahkan oleh guru.   Mereka juga  dalam pengawasan guru-guru. S.K.Ulu Lubai adalah Sekolah terbaik dan cemerlang peringkat kebangsaan.

Sebagai mengakhiri ucapan dasarnya,Guru Besar amat berbesar hati dengan perhatian dan kehadiran para ibu - bapa, sambil   mengucapkan terima kasih .

Begitulah ceramah yang disampaikan oleh Guru Besar walaupun panjang lebar namun pengisiannya amat berbaloi.saya yang berada ketika itu tidak berganjak daripada mencatat apa yang disampaikan oleh Guru besar .  

Sekian apa yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri.

            " Sharing Is caring "







Tiada ulasan:

Catat Ulasan