Sabtu, 31 Mei 2014

Kecerdikan Wanita mengatasi Lelaki

Assalammualaikum dan Salam sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah..
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini....

Selamat datang ..
saudariku yang meneladani Siti Aisyah ( Isteri Fir'aun ) ,maryam dan  Khadijah.
Selamat datang....
Saudariku yang mendidik calon - calon pahlawan dan mencetak calon - calon tokoh yang terkemuka.
Selamat datang....
saudariku yang menjaga nilai - nilai dan memelihara suri teladan.
Selamat datang...
Saudariku yang mencari  dan mencari ilmu seiring dengan perkembangan dan kepesatan lonjakan teknologi maklumat.
Selamat datang....
saudariku yang menyahut seruan Nabi Muhammmad s.a.w memenuhi dadanya dengan ilmu.
selamat datang dan selamat menyelami tajuk ini;

Kenapa wanita lebih cerdik daripada  lelaki ?

Menurut sumber dan kajian bahawa ada perbezaan yang sangat mendasar antara akal lelaki dan akal perempuan.Akal lelaki terdiri dari beberapa kawasan @ kotak yang tertutup dan terpisah - pisah.setiap permasalahan ia berada dalam rumahnya sendiri atau dalam kotaknya,ia tidak berhubungan antara satu dengan lain.

Apa jadi jika setiap kotak pemikiran lelaki hanya tertumpu pada kotak- kotak yang tertentu sahaja?
            
  • Secara ringkasnya  setiap pemikiran lelaki itu tertumpu pada satu masalah dan masalah itu ada dalam satu kotak khusus yang  tidak dapat dihubungkan dengan masalah lain.
  • seandainya seorang lelaki memerlukan  sesuatu,dia hanya akan pergi ke kotak yang diperlukannya dan hanya membukanya dan memberi tumpuan sepenuhnya.
  • Tumpuan pemikiran lelaki tidak dapat diganggu dengan mudah sekiranya ia sudah mempercayainya.
  • Cara kerja otak lelaki satu masalah atau hal dihadapi dengan serius,selesai satu hal barulah ke satu hal.
  • Cara kerja otak lelaki tidak dapat memikirkan banyak hal dalam satu masa ia berperingkat peringkat.
Apakah buktinya kecerdikan Wanita mengatasi lelaki ?

Allah telah berfirman yang maksudnya:

" Allah sekali- kali tidak menjadikan bagi seorang lelaki dua buah hati dalam rongganya "
                                                                                ( Surah al-Ahzab; 4 )

Maksudnya,Allah tidak menjadikan lelaki dapat memikirkan dua masalah dalam satu masa.Inilah yang menjelaskan bahawa seorang suami @ lelaki yang sedang menanggung suatu permasalahan dan pekerjaan tidak dapat memberi perhatian dengan apa yang sedang isterinya katakan.


Bagaimana pula dengan akal Wanita ?

 Menurut sumber dan kajian terhadap otak pemikiran seorang wanita, akal wanita sangat berbeza berbanding dengan lelaki.akal wanita terdiri daripada banyak kotak - kotak yang terbuka dan saling berhubungan antara satu dengan yang lain dan terus bekerja  dalam satu masa.

Setiap kotak terbuka dan mempunyai link dengan kotak yang lain.Kotak otak wanita juga diumpamakan seperti sebuah website yang banyak halaman dan jendela serta boleh link pada halaman yang lain.

Apakah buktinya perkara tersebut?
  • Wanita memasak sambil menelefon.
  • Wanita mengemas rumah sambil menjaga anak.
  • Wanita berbual dengan suami sambil menyusukan anak.
  • Wanita mampu bergerak secara dinamik dalam satu masa.
  • Fikiran wanita atau pengalaman waktu siangnya tidak berhenti sehingga terbawa dalam tidur. 

Keistimewaan  Akal Wanita;

Salah satu hadis riwayat bukhari menyatakan bahawa wanita kurang akalnya dan kurang agamanya.Para wanita amat gusar dengan perkara tersebut namun Rasulullah telah menyelesaikan kegusaran para wanita dengan mengatakan;

                "Bukankah kesaksian wanita itu sama  dengan  separuh kesaksian lelaki?"


Menurut Rasulullah s.a w ,wanita dikatakan kurang akal  dan kurang agama kerana wanita ada masa datang haid.Wanita tidak solat,wanita tidak puasa .

Menurut para ulama.wanita dikatakan kurang akal bukan kerana tidak cerdik tetapi  mengingatkan para lelaki agar mereka berhati-hati terhadap fitnah kerana fitnah itu tidak memerlukan fikiran.

Menurut kajian wanita lebih cerdik berbanding lelaki.Berikut adalah keistimewaan akal wanita;



  • Akal seorang wanita lebih banyak memberi tidak balas pada perasaannya.Perbandingan jarak responsifnya terhadap kesedihan itu sebanding dengan 8 kali jarak respon akal lelaki.
  • Wanita saat sedang melakukan aktiviti sama ada ringan ,berat atau apa sahaja,fikirannya sangat terpengaruh tetapi tidak melupakan yang lain.perhatiannya tetap ada walaupun sedang sibuk.
  • Wanita lebih mampu memberikan perhatian,terbukti bahawa wanita mampu merakam,mencatat dan mengenang sesuatu peristiwa walaupun sudah berlalu.
  • Pendengaran dan penglihatan wanita lebih kuat sehinggakan wanita dapat mendengarkan suara-suara bisikan.Sementara lelaki hanya mendengar tanpa perhatian.
  • Wanita lebih cepat menyambut kerana ada hubungan dengan signal akalnya.
  • Ingatan wanita lebih kuat dan mampu mengingat kembali sesuatu atau nama nama orang yang pernah dikenalinya.
  • akal wanita lebih banyak sibuk dengan perkara-perkara yang berhubung dengan  ungkapan sama ada kata-kata atau simbol.
  • Akal wanita memasuki usia tua dengan lambat sementara akal lelaki memasuki usia tua dengan pantas.
  • Akal wanita lebih berkemampuan untuk mempelajari berbagai bahasa.


Secara keseluruhannya,akal wanita sangat peka dan sensitif berbanding lelaki.Namun begitu,sama ada wanita atau lelaki yang bijak,tidaklah menjadi satu isu kerana apa yang tersirat dan tersurat,kita sebagai hambah Allah akur dengan segala perancangan Allah.sama ada lelaki atau wanita  kedua duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi.
P/S:  Semoga apa yang saya tulis ini memberi manfaat kepada saya dan juga anda.apa yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri.

                     " Sharing Is caring "


Rujukan : 

 Memahami Kehebatan dan Hak wanita,Dr.Zubaidi W.Hj.Rahmat,Harun Arrasyid Haji Tuskan,Cressent News,2013 ,Kuala Lumpur.

Jangan bersedih,Jadilah Wanita paling Bahagia, Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni,Al Hidayah Publication,2013,Kuala Lumpur.








Doa Seorang Ibu sangat Mustajab @ Dahsyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Doa seorang ibu sangat Mustajab…begitulah tajuk yang saya akan tulis dalam blog kesayanganku ini.

                       "  Doa ibu - bapa untuk anaknya seperti doa nabi untuk umatnya "
                     
Bagaimana orang - orang hebat boleh berjaya ? orang orang hebat mereka sejak kecil adalah orang yang pernah berbuat baik dan berbakti kepada orang tua mereka. Mereka sentiasa disertai oleh limpahan kasih sayang daripada ibunya.Mereka mendapat manfaat langsung daripada doa ibunya.

Doa seorang ibu untuk anaknya tiada dinding penghalang.Doa ibu bapa untuk anak tiada sebarang penghalang. Antara ibu dengan Allah tidak ada hijab yang menjadi penutup, sehingga apa yang dikatakan  dan diucapkan langsung didengar oleh Allah.Apa yang menjadi harapan seorang ibu kepada anaknya ,Allah akan wujudkan menjadi kenyataan.

kita tentu bertanya mengapa doa seorang ibu sangat dahsyat dan dikabulkan Allah ?


  • Berjalanlah di muka bumi dan bukalah mata anda , anda akan dapat melihat saksi - saksi buta dan saksi saksi hidup yang menguatkan kehebatan doa seorang yang bergelar ibu.
  • Baca kisah kisah para rasul dan nabi ,serta orang soleh,anda akan yakin betapa doa seorang wanita yang bergelar ibu sangat dahsyat dan mujarab.
  • bapa dan ibu penyebab lahirnya seorang anak@umat nabi Muhammad ke dunia.
  • Ibu bapa menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan Allah untuk menjaga zuriatnya.
  • Allah memberikan imbalan yang besar atas tanggung jawab yang dia berikan kepada Ibu tersebut.
  • wanita @ ibu menjalankan tugasnya dengan sungguh sungguh maka Allah berikan ganjaran pahala dunia dan akhirat,serta rezeki yang berkelimpahan.
  • Doa ibu bapa umpama doa para nabi untuk umatnya.
Apakah perkara perkara yang menyebabkan doa ibu bapa dimakbulkan Allah ?
  • Kerana keikhlasan dan keredhaannya.
  • Kerana keperihatinannya.
  • Kerana kedudukannya.
  • Kerana kesyukurannya.
                  " Tiga doa yang tidak ditolak Allah, iaitu doa ibu bapa untuk anaknya , doa orang yang berpuasa , dan doa orang yang dalam perjalanan "
                                                      ( HR.al Baihaqi ).


Ibu adalah manusia biasa tetapi Allah berikannya perkara perkara yang luar biasa.Allah maha adil walaupun tidak ada nabi dalam kalangan wanita tetapi Allah angkat darjat seorang wanita  dengan firasat  yang sangat kuat.bahkan ada wanita yang mendapat wahyu.

Siapakah wanita dalam Alquran yang mendapat Wahyu ?
  1. Ibu nabi Musa ( Yukabad )
  2. ibu nabi Isa.( Maryam)
 Allah berfirman bermaksud: " dan ingatlah ketika malaikat (Jibrail ) berkata: " wahai maryam , sesungguhnya Allah telah memilih kamu , mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia " ( Surah Maryam 42 )


Begitulah kehebatan seorang wanita yang bergelar ibu…sehinggakan doa seorang ibu sangat mustajab dan dasyat.


 " Sharing Is caring "…..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri..









Jumaat, 30 Mei 2014

PERANAN IBU - BAPA @ MESYUARAT PIBG

Assalammualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali  pada jam ini dan masa ini.

Walau apa yang saya tulis ini sudah berlalu beberapa bulan yang lepas , tetapi ia masih tersimpan dalam draf ,cuma masa untuk saya menaip dan menghasilkan karya dalam blog ini amat terhad.

Sebagai seorang guru, memang banyak  tugas yang perlu diselenggarakan.Begitu juga sebagai seorang ibu dan isteri ,bebanan tugas amat mencabar ketahanan mental,fizikal dan emosi.

Ok kembali kita kepada tajuk utama saya hari ini iaitu Mesyuarat PIBG,yang telah diadakan di Sekolah tempat Saya bertugas. Mesyuarat  yang diadakan pada 15.Mac.2014 ini telah mendapat sambutan hangat daripada ibu- bapa.Kehadiran ibu - bapa pada pagi tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa.

Sebagai ketua Sekolah,Guru Besar telah memberikan ucapan dengan ceramah bertajuk " Peranan Ibu-bapa @ Penjaga . " Nampaknya apa yang disampaikan oleh Guru besar pada pagi tersebut telah membuka minda ramai  daripada ibu-bapa ,betapa peranan mereka amat diperlukan oleh anak - anak mereka.Selama ini, mereka seolah - olah tidak sedar bahawa anak- anak mereka amat memerlukan perhatian daripada ibu- bapa tetapi mereka terlalu berserah kepada pihak sekolah  dan guru - guru untuk mendidik dan membimbing  anak- anak mereka.

Guru besar telah menyampaikan ceramahnya dengan berkesan sekali.Saya yang berada pada masa itu,mengambil peluang  menulis apa yang disampaikan oleh Guru Besar kepada ibu- bapa yang hadir.
saya ingin berkongsi dengan anda apa pengisian ceramah tersebut,kemungkinan anda adalah sebagai ibu-bapa atau bakal jadi ibu atau bapa…..hehheheeh gurau aja. 


Tajuk ceramah:" PERANAN IBU-BAPA @ PENJAGA "





  • Ibu - bapa sebagai jurulatih
  • Ibu - bapa perlu tahu tanggung jawab
  • Nasihat ibu - bapa adalah pelaburan untuk anak - anak.
  • Nasihat dan tunjuk ajar ibu - bapa sebagai pengukuh kepada minda anak - anak.
  • Ibu - bapa sebagai mentor.
  • Ibu - bapa adalah model kehidupan anak - anak



Guru besar juga meneruskan ucapannya dengan mengatakan  bahawa ibu - bapa perlu menjalin hubungan yang baik dan erat dengan pihak Sekolah.Ibu - bapa perlu tahu nama guru-guru anak mereka,nama kelas dan lokasi kelas anak mereka.

Ledakan teknologi maklumat  yang canggih,gunakan sebagai perhubungan dengan guru- guru dan pihak sekolah tetapi gunakan ke arah yang baik dan positif.


Kemudahan seperti Whatsapp, FB , SMS , telefon , Fax dan sebaginya, bukan lagi sesuatu yang asing kepada kita pada zaman ini.Ambil ikhtibar dan gunakan segala kemudahan yang ada bagi mendekatkan ibu - bapa kepada Guru - guru anak  mereka.

Peranan ibu - bapa, Guru , murid,  sebagai suatu komuniti  harus diambil kira keberkesanannya.
Komuniti yang baik, komuniti yang berjiwa positif boleh menyemarakkan lagi suasana di kawasan Sekolah.

Segelintir ibu - bapa cuba menjauhkan diri daripada guru kerana malu dan tidak pandai berkomunikasi dengan guru anak mereka.Guru besar cuba menyelar perbuatan seperti ini adalah kurang efisen.

Para ibu - bapa perlu sedar dan tahu bahawa betapa tugas seorang guru itu amat berat.Ibu - bapa perlu sedar bahawa guru - guru telah bertungkus lumus mendidik dan membimbing anak- anak mereka.Sebagai ibu- bapa,ambillah peluang untuk berbaik- baik dan bermesra dengan guru.Ucapan terima kasih yang diluahkan oleh ibu - bapa kepada guru,amat berharga daripada wang ringgit.

Bagaimana Cara memajukan anak - anak anda ?

Banyak cara untuk memajukan anak - anak  murid.Pihak sekolah mengadakan kelas tambahan seperti tuisyen berbayar pada waktu malam dari jam 7 malam hingga jam 9 malam,kelas tambahan tak berbayar pada hari sabtu di Sekolah.Begitupun banyak kelas - kelas tuisyen di kawasan sekitar perumahan . Ibu - bapa seharusnya tidak ada alasan kenapa anak - anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Menurut Guru besar lagi , guru - guru perlu tahu  bahawa ibu - bapa adalah penyokong kuat terhadap anak - anak mereka. Ibu- bapa perlu berbincang dengan guru tentang permasalahan yang mereka hadapi berkenaan dengan anak - anak mereka.Guru adalah penasihat yang baik.berbincanglah dengan guru dan minta pendapat guru.bagaimana dengan prestasi anak -anak anda,adakah perlu mengikuti kelas tambahan di Sekolah atau sebaliknya.

Ibu - bapa adalah sahabat kepada anak - anak mereka.Jadikan anak anda sebagai sahabat anda.jangan biarkan mereka lari dan menjauhi ibu- bapa. Wujudkan kemesraan di rumah.

Ibu - bapa mesti tegas,bertimbang rasa dan bagi arahan yang tepat kepada anak- anak anda.Beri ruang kepada  anak - anak anda untuk bercakap dan cuba dengar apa yang mereka katakan.

Sebenarnya ada beberapa tips lagi yang diucapkan oleh Guru Besar dalam ceramahnya.saya cuba pendekan dengan kata-  kata akhir Guru Besar dengan mengambil contoh Sekolah Ulu Lubai di Sarawak.Murid- murid S.K.Ulu Lubai memanfaatkan masa mereka untuk belajar, mereka belajar dengan tekun , mereka belajar mengikut jadual waktu yang disediahkan oleh guru.   Mereka juga  dalam pengawasan guru-guru. S.K.Ulu Lubai adalah Sekolah terbaik dan cemerlang peringkat kebangsaan.

Sebagai mengakhiri ucapan dasarnya,Guru Besar amat berbesar hati dengan perhatian dan kehadiran para ibu - bapa, sambil   mengucapkan terima kasih .

Begitulah ceramah yang disampaikan oleh Guru Besar walaupun panjang lebar namun pengisiannya amat berbaloi.saya yang berada ketika itu tidak berganjak daripada mencatat apa yang disampaikan oleh Guru besar .  

Sekian apa yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri.

            " Sharing Is caring "