Assalamualaikum dan salamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal ( hari ke 7 ,3/8/2014 ),
" Harga diri adalah mahkota setiap insan.Jika hilang harga diri,hilanglah mahkota tersebut.Harga diri diibarat cermin kepada diri sendiri.Tidak mungkin seseorang itu disanjung secara ikhlas andai tidak mempunyai harga diri.Harga diri merupakan nilai yang kita letakkan kepada diri sendiri dan juga nilai bagi orang yang melihat diri kita.Berkemungkinan kita berasa mempunyai harga diri yang tinggi, namun orang lain melihat sebaliknya disebabkan oleh tingkah laku serta sikap kita "
Suasana beraya di kampung halaman tidak terucap dengan kata-kata bagaimana seronok dan gembiranya berjumpa dengan keluarga. Pada ramadhan yang berlalu,ramai wanita-wanita yang memasang azam untuk berubah.mereka berniat pada ramadhan , melakukan sesuatu perubahan yang positif.
Niat merupakan inti sesuatu perlakuan tanpa niat apa yang kita lakukan tidak ada makna.berniat kerana Allah adalah kunci semua ibadah.Pada ramadhan lalu,beberapa orang artis wanita seperti Nilofa dan Ziana Zain telah melakukan penghijrahan dari tidak menutup aurat( tudung) kepada menutup aurat ( memakai tudung).Ramai juga dalam kalangan peminat yang mencemuh mereka.Siapa kita sebenarnya yang menghukum seseorang? terpulanglah kepada niat seseorang untuk memakai tudung.kita seharusnya bersyukur melihat perubahan seseorang ke arah yang positif.
Seorang anak buah yang cantik molek,kiranya sebelum ini dia tidak memakai tudung, kini telah berubah wajah.Pemakaian tudung dewasa ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan.saya bertanya pada anak buah.." Awak pakai tudung? ahh…begitulah,lebih cantik dan ayu memakai tudung." Anak buah menjawab: "ya macik saya sudah pakai tudung,tapi ramai wanita memakai tudung hanya kerana trend."…Saya menjawab; " terpulang kepada niat masing-masing,tidak ada salahnya bertudung dan berhias…wanita memang tidak dapat lari daripada hiasan dan kecantikan..kerana itu adalah sifat semulajadi wanita, ingin kelihatan cantik." Saya menyambung bicara lagi; " teruskanlah memakai tudung,hari ini berjenis-jenis jenama tudung,terpulang kepada kita untuk memilih.pakailah tudung ,yang penting ia menutup aurat."….anak buah senyum sambil berkata,insyaallah."
Kepada wanita-wanita yang belum lagi memakai tudung, cubalah berniat dalam hati pada suatu hari nanti pasti memakai tudung ( menutup Aurat ) .Allah pasti mendengar niat ikhlas kita.Usahakanlah dengan sungguh-sungguh niat anda.Insyaallah…Allah akan bukakan hati anda untuk memakai tudung.
Sungguh cantik dan molek wanita memakai tudung dengan pelbagai jenama seperti "Tudung Fareeda", "tudung " D,Salmah ", " Tudung Siti ," " Tudung Aidijuma" "Tudung HalfMoon" dan bermacam-macam lagi.semua tudung yang ada di pasaran sangat cantik dan menawan tidak seperti tudung 70-an,80-an dan 90-an, yang dikatakan seperti Pocong.Kenapa saya panggil pocong? kerana saya sendiri memakai tudung pernah dipanggil Pocong dan hantu ….hehhehe sungguh tragis.
" Apabila hambah-hambahKu bertanya kepadaku tentang AKU,maka jawabla dan bahawasanya AKU adalah dekat.AKU mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta daripadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi( segala perintah) KU dan beriman kepadaKU,agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( surah al- baqarah:186)
Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Allah mencukupkan keperluannya.itu adalah janji Allah dalam surah At-talaq:3.
Sekian coretan saya pada jam ini dan masa ini…Semoga apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada saya dan juga Anda..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
" Sharing Is Caring"
Ahad, 3 Ogos 2014
Pasang Wafi Untuk Rumah Kampung
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini,
Salam Syawal,
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN "
Pada jam ini dan masa ini, teringin saya mengucapkan Selamat hari Raya mohon ampun dan maaf kepada Anda sekiranya ada tertulis dalam blog Hijrahku ,kata-kata dan ayat-ayat yang boleh menyinggung perasaan anda.Semoga hati kita semua disucikan Allah untuk saling memaafkan.
Pada Syawal ini, saya dapat menulis blog serta dapat membuka Fb secara lancar walaupun bercuti di kampung halaman.Kepulangan saya kali ini sungguh bermakna kerana, saya telah menggembirakan hati anak-anak buah serta keluarga.
kepulangan saya beraya ke kampung halaman kali ini tidak seperti tahun-tahun lalu kerana saya membawa sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga.Saya telah melanggan WIFI CELCOM tampa wayar khas untuk keluarga.Sungguh mudah hidup ini,hanya guna modem,simkad,dan soket.kemudian pasang dan cucuk ke plug lepas itu onn.
Sebagai seorang guru, saya amat memahami bagaimana pelajar-pelajar sekarang amat memerlukan hubungan internet dengan pembelajaran mereka.Saya dapat melihat dari anak saya sendiri yang berada dalam tingkatan 3.Mereka sekarang bukan lagi PMR tetapi PT3,tugasan yang diberikan pada mereka memerlukan mereka mencari sendiri bahan yang berkaitan di internet. .Mereka mengakses sendiri dan mencari bahan bahan seperti mata pelajaran Geografi dan sejarah bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan pada Julai lalu.
Kebijaksanaan pelajar-pelajar sekarang dalam meneroka serta mengakses internet sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. banyak bahan dari internet yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar yang mempermudahkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
Sebagai seorang kakak, macik kepada adik - beradik dan anak- anak buah , rasa bertanggungjawab demi masa depan mereka agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan,pemodenan dunia khasnya dalam bidang pendidikan." dalam hasil usaha kita atau dalam rezeki kita,ada hak orang lain ( keluarga) ."….bayaran bulanan RM 85,anggap ia sebagai sedekah demi memanusiakan orang lain.kalau bukan kita yang membantu keluarga ,siapa lagi ? ." sayang menyayang antara kita lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan.Semoga Allah bukakan pintu hati kita agar sentiasa berbuat baik kepada sesama insan.
Namun begitu,walaupun internet banyak kebaikan yang kita perolehi tetapi kepada ibu- bapa,kakak dan abang,tolong pantau adik- adik,anak buah anda dalam melayari internet.Semua pihak harus bertanggung jawab dalam menangani perkara-perkara yang negatif kemungkinan berlaku.Kita bimbang anak-anak kecil,remaja sama ada secara sengaja atau tidak sengaja membuka dan melihat sesuatu yang seharusnya tidak mereka lihat kerana ini boleh merosakkan fikiran dan minda mereka.
Gambar-gambar lucah,bogel,penjenayahan,pembunuhan dan video yang tidak bermoral banyak terpampang di mana-mana sahaja.Perkara seperti inilah yang harus kita cegah agar anak-anak kecil,remaja dan meningkat dewasa tidak terpengaruh dengan benda seperti itu.
Kepada Allah saya panjatkan syukur kerana memberi rezeki sama ada wang ringgit,kesihatan,harta ,kebahagian, ilmu, dan kasih sayang keluarga yang sentiasa mekar. Rezeki tersebut pula dapat saya kongsi faedahnya kepada keluarga.
Sebab itu,pada jam ini dan masa ini saya dapat menulis dalam blog Hijrahku,walaupun bercuti Raya di kampung kerana WIFI sudah ada di Rumah Ibunda dan ayahanda tersayang.Syukur Alhamdulillah…terima Kasih ya Allah…terima kasih ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang engkau berikan.
Inilah coretan ku untuk jam ini dan masa ini.
" Sharing Is Caring "

Khamis, 31 Julai 2014
Mengubah Sesuatu Apa Yang tidak Dapat Dilihat
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal( Hari ke -empat 31/7/2014),
" Sekiranya saudara ingin mengubah buah,saudara perlu mengubah akarnya terlebih dahulu.Sekiranya saudara ingin mengubah sesuatu yang dapat dilihat,maka saudara perlu mengubah sesuatu yang tidak dapat dilihat terlebih dahulu." (T Harv Eker )
teringin saya menulis berkenaan dengan tajuk " Mengubah sesuatu apa yang kita tidak nampak ".Hari ini saya menulis secara ringkas sahaja berkenaan dengan tajuk ini .Mungkin boleh kita jadikan renungan dan pedoman.
Menurut T.Herv Eker ; Perumpamaan pembinaan seseorang untuk menjadi jutawan / berjaya , ialah dengan mengubah minda separa sedar kita.T.Herv Eker sangat setuju dengan perkara ini kerana beliau merupakan seorang jurulatih minda kewangan sedunia yang membuktikan peranan minda begitu penting dalam misi mencapai kejayaan.
Atas sebab itulah Eker mengumpamakan pembinaan menjadi seseorang yang berjaya/jutawan perlu bermula seperti mana kita inginkan buah yang cantik dan sedap,ia mesti bermula dari akar/minda kerana minda sememangnya tidak dapat dilihat dan dirasa,apa lagi dipegang.
Sebenarnya mengubah sesuatu yang dapat dilihat adalah senang seperti mengubah kereta tetapi mengubah sesuatu yang tidak nampak amat sukar bagi sesetengah orang.oleh itu,apa yang perlu diubah terlebih dahulu adalah apa yang kita tidak nampak.
Mudah bagi kita untuk mengubah sesuatu yang nampak seperti mengubah pakaian lama kepada pakaian baru,kasut lama kepada kasut baru dan sebagainya.Banyak dalam kalangan kita bergaya dengan telefon mahal,berpakaian berjenama luar negara, memakai emas bagai Mami Jarum(penuh hiasan tubuh badan) .Mereka mengubah apa yang dapat dilihat tetapi tidak mengubah apa yang tidak dapat dilihat ( Minda).
Menurut para pakar dalam bidang IQ, minda perlu diarah dan fokus kepada perkara-perkara kejayaan dan kekayaan. Asas- asas kejayaan seperti pendidikan, disiplin diri, berjimat cermat, mematuhi strategi strategi kewangan dan sebagainya.
Perkara-perkara tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita ia hanyalah bermain dalam minda/fikiran.Namun apa yang kita buat itu memainkan peranan yang sangat besar.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya T.Herv Eker menyarankan kita agar mengubah sesuatu yang tidak nampak terlebih dahulu berbanding perkara yang kita nampak.
Pesan T.Herv Eker lagi,bagi sesiapa yang inginkan kejayaan dalam hidupnya maka bertindaklah sekarang dan ubahlah apa yang kita tidak nampak berbanding apa yang kita nampak.Sekiranya perkara yang kita tidak nampak diubah dan diberi perhatian serta fokus,maka masa hadapan kita amat cerah.Semua apa yang diinginkan amat mudah diperolehi.Ini menunjukan bagaimana pemikiran kita membentuk diri kita.
Saya berharap apa yang saya tulis ini memberikan manfaat buat kota semua.
Rujukan:
Minda Jutawan Gaya Trump,Nazri Kadir dan Shah kadir, PTS,2012, Kuala Lumpur.
P/S : yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari Saya sendiri.

Rabu, 30 Julai 2014
Anugerah Pembaca Buku terbanyak 2010
Anugerah pembaca buku terbanyak 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….
Salam Syawal ( hari ke 3 30/07/2014),
Pada jam ini dan masa ini,saya berada di kampung halaman ibunda dan ayahanda tersayang.kemeriahan hari raya sangat terasa apabila berada bersama keluarga dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Pada raya ke tiga ini,saya membelek-belek buku - buku lama yang saya kirim pada adik-beradik dan anak-anak buah agar mereka membaca buku-buku,disamping itu saya menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan keluarga.
Sesuatu telah saya temui,apabila saya terbaca sebuah buku berjudul " Pengayaan Penyuluh Hidup"……saya amat teruja dan terkejut apabila membuka lembaran pertama buku tersebut.Rupa-rupanya tercatat " Hadiah Pembaca Buku terbanyak Pusat Sumber Sekolah S.K.Pekan Kinarut 2010 Sarimah Binti Doring ". Hati sangat teruja macam tidak percaya bahawa ,diri ini pernah memenangi anugerah Guru "pembaca buku terbanyak pada tahun 2010 ."
Saya seperti tidak percaya , namun itulah hakikatnya,tidak lupa saya panjatkan syukur kehadrat Allah s.w.t,kerana menganugerahkan saya hati yang sentiasa hidup untuk mencari dan mencari ilmuNYA.Namun selepas tahun 2010,tidak ada lagi pertandingan membaca buku yang dilaksanakan oleh pihak pusat sumber sekolah.saya percaya,sekiranya ada lagi anugerah dibuat,pasti nama saya tercalon dalam kategori anugerah pemenang….( bukan meninggi diri) tetapi itulah hakikatnya.
Sekian coretan saya dari Kampung Halaman Semporna.

Khamis, 24 Julai 2014
Syurga Menunggu Ketibaan Orang yang Menuntut Ilmu ( bhg 1 )
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku Yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan Masa ini….
Salam Ramadhan( Hari ke 25),
" Sesiapa menimbah Ilmu, baginya terbentang Jalan menuju Syurga"
Sungguh hebat ganjaran yang Allah berikan kepada kita dengan ungkapan-ungkapan seperti di atas. Sesungguhnya tidak ada susahnya menunntut ilmu.Perkembangan ilmu dewasa ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sebelum saya meneruskan menulis tentang tajuk ini,saya ingin bercerita sedikit berkenaan dengan perkembangan ilmu zaman dulu 70-an dan sekarang 20-an. Saya masih teringat seorang kawan bernam Diana,kami pergi ke satu kampung dan ke satu kampung yang berhampiran mencari Guru Agama kerana kami ingin mengaji @ belajar Al-Quran.Namun semuanya hampa kerana tidak ada pondok @ Tok Guru yang boleh mengajar .
ok,ini kisah yang ke dua pula,kerana tidak berputus asa,saya dan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk mengikuti kelas mengaji Al-quran di sebuah rumah berhampiran dengan kampung .Seminggu 3-4 kali kami pergi mengaji tetapi apa yang jadi masalahnya,bahasa yang digunakan oleh Tok guru tersebut , mengelirukan saya kerana Tok Guru kaum suluk.Walau bagaimanapun,kelas tersebut hanyalah beberapa bulan kerana Tok Guru kami balik kampung asalnya.
Kisah ke tiga : kerana tidak berputus asa,saya dan dengan daya usaha sendiri tanpa dorongan ibu bapa,(Keluarga tinggalkan saya di rumah keluarga dekat sebelah ayah) di sebuah pekan sementara ibu-bapa saya di sebuah perkampungan yang jauh dari pekan ).Saya tidak putus asa bersama rakan-rakan sebaya mencari Tok Guru Mengajar mengaji…..dapat jumpa dan mengaji beberapa kali,Tetapi Tok Guru ini sering ke laut dan jarang berada di kampung,kerana pekerjaannya adalah Nelayan.
Sungguh tragis juga kisah bagaimana mencari ilmu pada zaman-zaman dulu.sangat beruntunglah pada kenak-kanak,remaja dan dewasa zaman ini kerana ilmu di hujung jari.Ke mana sahaja kita melangkah,gedung-gedung ilmu,pusat-pusat ilmu,kelas tuisyen,pondok-pondok mengaji Al-Quran,semuanya selangkah sahaja dari kaki melangkah.
Ok…saya teruskan kepada tajuk yang saya tulis hari ini,kerana saya sudah meleret-leret jauh bercerita kisah lama saya,bagaimana payahnya mencari ilmu pada suatu ketika dahulu.
Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga,seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w;
" Sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu,Allah akan memberinya jalan menujuh syurga"
( Riwayat Tirmizi dari Abu Hurairah)
Hadis di atas mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang menuntut ilmu, baik ilmu agama, mahupun ilmu dunia maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga, selagi ilmu tersebut diamalkan demi menegakkan Agamanya dan demi kebaikan kaum@ masyarakatnya.Ilmu yang digunakan untuk kebaikan akan membawa pemiliknya kepada kebahagiaan di akhirat kelak.
Betapa tingginya darjat ilmu kerana mencari ilmu itu tidak mudah.Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang didapati atau diperolehi dengan penuh keperihatinan dan penuh kesukaran,sebab itu Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.
Sesiapa yang sudah berusaha mencari ilmu dengan segala kepayahannya,namun ia tidak menghasilkan ilmu yang dimaksud,maka baginya ada pahala yang besar.Tetapi jika ia berhasil, itulah yang paling baik.
Perhatikan Untaian kata-kata Mutiara berikut:
"Ilmu adalah Cahaya,kejarlah di mana pun ia berada,amalkan jika telah ada,kerana dalam mengamalkannya ada keistimewaannya.
Di tengah malam bangunlah, kerana tidur tidak akan membawa faedah,jangan malas,kerana malas membawa kerugian.
Seluruh malaikat rela menghamparkan sayapnya, memenuhi seluruh jalan yang hendak dilalui seorang alim@berilmu@pencinta Ilmu.
Sesungguhnya para malaikat yang ada di bumi dan makhluk ghaib yang lainya,rela menghamparkan sayapnya untuk jalan bagi seorang yang menuntut ilmu.Oleh itu,Rasulullah s.a.w bersabda;
" tuntutlah Ilmu walaupun ke negeri China" kerana mencari ilmu wajib bagi setiap muslimin ( lelaki) dan muslimah ( perempuan) ,dan sesungguhnya para malaikat rela melebarkan sayapnya,pada jalan yang hendak dilalui oleh para penuntut ilmu."
( Riwayat Ibnu Abdil Bar dari sahabat Anas).
hadis di atas sebenarnya mengandungi kata-kata sangat terhormat@tawadhuk.sebab,para malaikat sanggup melebarkan sayap untuk di lalui para penuntut ilmu.sangat tawadhuk kerana ketinggian ilmu tersebut.
Ok…saya hentikan dulu untuk bahagian 1,saya akan sambung lagi Tajuk " syurga Menunggu Ketibaan Orang Yang Menuntut Ilmu" pada jam dan masa akan datang.
Semoga apa yang saya tulis ini,memberikan kita manfaat dan menyedari bahawa ilmu amat tinggi nilainya sehinggakan Allah sendiri membuka jalan menuju ke syurga bagi pencinta Ilmu.
sekian………. " Sharing Is Caring "
Rujukan:
Asas tasawuf,Membentuk Insan calon penghuni syurga, Al-sayyid Bakri Al-Makkiy, Pustaka Ilmi,2001,selangor.

Menggunakan umur dengan kerja-kerja yang bermanfaat
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Ramadhan (Hari ke 25),
" Manfaatkan sisa Umurmu untuk ibadat dan jihad, kurangi harapanmu terhadap dunia"
Jangan sia-siakan umurmu,isilah umurmu dengan ibadat,dengan pesan-pesan yang telah dijelaskan diatas,manfaatkan waktumu sepanjang siang dan malam.
Jika kamu sukar membiasakan ibadat,maka bersabarlah sebagaimana sabarnya seorang pesakit terhadap pahitnya ubat yang ditelannya,demi kesembuhannya.
Kurangi harapanmu terhadap dunia, jadikanlah kematian sebagai bayangan di matamu agar kamu selalu cenderung berbuat baik.
Bisikkan dalam jiwamu, " hari ini aku bekerja keras,kerana mungkin ini malam aku akan mati,atau esoknya aku segera mati"
Bukankah mati itu tidak diketahui waktunya,ia akan datang sesuai dengan kehendaknya? Maka sebaiknya kamu mesti bersiap - siap menerimanya dari terus menerus mengejar-ngejar dunia"
Ketahuilah bahawa kamu tidak akan kekal di dunia, hanya sementara sahaja yang diberikan kepadamu.Jika kamu diberikan usia seratus tahun, maka itu tiak ada ertinya dibandingkan dengan lamanya hidupmu di akhirat kelak. Oleh itu,Ibnul wardi berkata:
" Kurangi Harapanmu terhadap dunia, kamu akana bahagia.Orang yang pintar adalah orang yang tidak banyak berharap akan dunia"
" Orang yang selalu akan mengejar dunia, ketika sekaratul mau datang, ia akan menyesal"
Perangilah nafsu jahatmu dengan kesabaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t, hari demi hari.Jika kamu kerjakan itu,akan kamu perolehi pahala yang banyak dan dapat darjat yang tinggi di sisi Allah,akan kamu perolehi kebahagiaan yang tiada batasnya.
Semoga Allah akan selalu mengingatkan kita akan kematian dan amal baik.
Rujukan :
Asas Tasawuf (membentuk Insan Calon Penghuni Syurga), Al-Sayyid Bakri Al-Makkiy,Pustaka Ilmi,2001.
Pedoman dan renungan khas buat diriku ….." Sharing Is Caring"

Rabu, 23 Julai 2014
Kata- Kata Perangsang Minda
Assalamualaikum dan salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Ramadhan ( Hari ke 25),
Berikut adalah ungkapan-ungkapan bermakna daripada tokoh-tokoh dunia yang boleh kita aplikasikan dan mampu merangsang minda kita.
Kita kongsikan di sini bukan dengan maksud ungkapan-ungkapan ini lebih hebat daripada ayat-ayat suci al-Quran dan as-Sunnah, cuma ia sebagai penambah ilmu pengetahuan dan kemahiran,serta dapat kita gunakan untuk merangsang minda agar sentiasa kreatif/aktif.
" Orang lain tidak akan berubah, selagi kita tidak berubah.
Jika kita tidak merancang, maksudnya kita telahpun merancang untuk gagal ."
"Orang yang mempunyai idea baru dianggap sebagai gila, sehinggalah idea itu berjaya."(Mark Twain)
"Sesuatu idea yang masanya telah tiba, jauh lebih berkuasa daripada jejak perkasa sebuah bala tentera."(Victor Hugo)
"Idea-idea yang bernas semuanya diusahakan dengan penat-jerih individu dan bukannya dihamburkan oleh kumpulan."(Charles Brower)
"Carilah bekalan untuk hidup di dunia, sepadan dengan umat kita.Carilah kenalan untuk hidup di akhirat, sepadan dengan kekalnya kita di sana."(Ustaz Ashaari Muhammad)
"Banyak manusia berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak berfikir untuk mengubah dirinya."
"Kreativiti wujud di mana-mana sahaja. Anda tidak boleh lari daripadanya. Apa yang penting ialah mengusahakan sesuatu dan melakukan perubahan."(Walt Disney)
"Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama.
Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan."(Albert Einstein)
"Imaginasi adalah permulaan kepada penciptaan."(George Bernard Shaw)
"Lebih mudah mengubahsuai idea yang gila daripada mencari idea yang baru."(Alex Osborne)
"Microsoft ialah sebuah syarikat yang menguruskan imaginasi."(Bill Gates)
"Apa yang terbukti hari ini, suatu ketika dahulu hanyalah imaginasi."(William Blake)
"Nilai sesebuah idea biasanya setanding dengan tentangan yang diterima."(Robert Townsend)
"Pendedahan kepada pengalaman yang luas dan situasi yang berbeza bagus untuk penghasilan idea-idea baru."(Hean Tatt-Ong)
"Pemahaman seketika kadangkala bernilai satu pengalaman seumur hidup."(Oliver Wendell Holmes)
"Wawasan tanpa tindakan hanyalah impian. Tindakan tanpa wawasan hanya membuang masa. Wawasan diiringi tindakan dapat merubah dunia."(Joel Arthur Barker)
"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang bagus adalah dengan mencari banyak idea."(Linus Pauling)
"Jika kita tidak berubah secepat aliran zaman, kita akan kehilangan banyak peluang. Perubahan bermaksud meninggalkan peraturan-peraturan lama yang sudah selesai menjalankan tugasnya."(Lee Kuan Yew)
"Kita cenderung berfikir bahawa idea kita adalah hasil daripada kebijaksanaan diri sendiri tetapi pada hakikatnya ia adalah hasil pengalaman melalui pergaulan kita di luar."(Konosuke Matsushita)
"Sesekali tinggalkan jalan yang biasa engkau lalui dan masuk ke dalam hutan. Engkau pasti akan menemui sesuatu yang engkau belum pernah lihat sebelum ini."(Alexander Graham Bell)
"Ibu bapa kena sedar bahawa adalah lebih baik membesarkan kanak-kanak menjadi pembaharu dan pemikir yang ghairah daripada pengikut patuh yang sugul."(Chong Sheau Ching)
"Apa yang aku ajar kamu adalah sebanyak daun-daun kering digenggamanku.Apa yang belum ku ajar adalah sebanyak daun-daun kering di seluruh hutan ini."(Gautama Buddha - dengan sedikit gubahan)
"Tanpa kreativiti, kemajuan tidak akan wujud dan kita mungkin mengulangi corak yang sama selamanya."(Edward de Bono)
"Seseorang yang sentiasa kreatif adalah seorang yang mendapat kekuatan."(Marsh Fisher)
"Kita semua kreatif, bezanya hanya di tahap mana kita kembangkan potensi kreativiti sendiri."(Arthur B Van Gundy)
"Faktor paling berkuasa di dunia adalah idea-idea yang jelas dalam minda manusia yang bertenaga dan budiman."(J. Arthur Thompson)
"Banyak orang mempunyai minda yang asli tetapi mereka tidak menyedarinya. Mereka terkongkong oleh kebiasaan."(John Keats)
"Berfikir merupakan kerja yang paling sukar, dan ini mungkin menjadi sebab mengapa tidak banyak orang melakukannya."(Henry Ford)
"Sekiranya saya mampu berpandangan jauh, hal ini kerana saya berdiri di atas bahu gergasi."(Isaac Newton)
"Orang yang kreatif memilih keadaan kacau-bilau daripada keadaan yang mudah."(Donald W. MacKinnon)
"Beruang kutub yang tidak mahu merayau keluar dari daerah kutub, tidak akan tahu kewujudan beruang yang bukan beruang kutub."(Alexanderwathern)
"Rumahmu banyak tingkap. Lihatlah ke luar dari semua tingkap."(Alexanderwathern)
"Segala angan-anganmu tidak akan berjaya, jika engkau tidak bertungkus-lumus mencapainya."(Alexanderwathern)
"Pengetahuan dan pengalaman yang berbeza, menghasilkan refleksi yang berbeza."(Alexanderwathern)
Langgan:
Catatan (Atom)