Ahad, 20 Julai 2014

Siapakah Orang yang Anda Cintai ?


Assalamualaikum dan salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….
Salam Ramadhan yang ke 22,
Pada jam ini,saya ingin berkongsi dengan anda sebuah artikel yang telah menarik perhatian saya,hasil tulisan En.Hilmi Bin Isa dalam Majalah Niaga;
                      "Siapakah orang yang Anda Cintai? "
Apabila anda bertanya kepada rakan, siapakah orang yang dia cintai dalam hidup, ramai akan menjawab ibu, ayah, abang, rakan baik dan sebagainya. Jawapan yang bagus. Sebaliknya manusia biasa lupa ada seorang lagi yang amat penting untuk dicintai.
Orang ini penting kerana anda bersama beliau 24 jam sehari. Tepat sekali ia adalah diri anda sendiri. Ada sebuah kisah menarik tentang seorang yang serba kekurangan tetapi masih mencintai diri beliau sendiri.
Nick Vujicic dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana menghidapi penyakit ganjil yang diberi nama saintifik Tetra-amelia, Nick. Di sekolah beliau dibuli dengan teruk sehingga beliau jatuh murung. Pada umur 10 tahun, beliau melakukan satu cubaan membunuh diri dengan cuba melemaskan diri.
Suatu hari, Nick terbaca sebuah artikel akhbar tentang seorang yang menghidap penyakit kronik. Kejadian tersebut menyedarkan Nick bahawa bukan beliau sahaja yang mempunyai kekurangan, sebaliknya ramai lagi yang diuji dengan lebih dahsyat.
Nick mula memberi fokus bahawa beliau mampu bertutur dengan baik dan sihat tubuh badan. Beliau mula mencipta kejayaan apabila bergelar jutawan hartanah. Hari ini Nick juga adalah seorang penceramah motivasi yang telah menginspirasikan 3 juta orang di 24 negara.
Langkah-langkah untuk mencintai diri sendiri:

1. Terima diri anda seadanya

Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri, anda perlu belajar untuk menerima diri anda seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda. Terima kelemahan dan kekurangan diri. Jangan mengharapkan anda sempurna kerana tiada manusia sempurna.
Keyakinan terhadap Allah membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan tersebut menjadi kekuatan. Dalam masa yang sama, ia akan menjadikan anda manusia yang lebih tabah.
2. Sediakan Jurnal Kejayaan

Mengapa sesetengah manusia mempunyai keyakinan diri sedangkan sesetengah yang lain tidak? Hakikatnya, Allah kurniakan manusia dengan kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka.
Orang yang kurang keyakinan diri selalu memberi fokus terhadap kekurangan dan kesilapan yang mereka lakukan. Mereka abaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan diri mereka.
Sebaliknya orang yang berkeyakinan diri memberi fokus terhadap kekuatan diri, dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.
Tulis apa jua kejayaan sama ada kecil atau besar dalam Jurnal Kejayaan anda. Tiada kejayaan yang terlalu kecil untuk disenaraikan. Apabila anda dalam keadaan sedih, kecewa dan murung, teliti kembali kejayaan-kejayaan yang anda pernah lakarkan dan insya-Allah anda akan kembali bersemangat.
3. Tulis ‘Surat Kepada Aku’

Apa perasaan anda apabila diberi penghargaan oleh orang lain? Tentu sekali gembira.  Apa kata anda beri pujian terhadap diri sendiri. Ini adalah satu latihan yang amat berkuasa dan saya yakin ramai akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.
Anda hanya perlu 15 minit sahaja untuk menulis ‘Surat Kepada Aku’. Tiada format tertentu untuk surat ini, hanya luahkan dari lubuk hati anda. Anda boleh gunakan ayat-ayat penghargaan seperti
“Saya bangga dengan anda kerana…”
“Terima kasih kerana…”
Jika anda dihantui oleh kesilapan masa lepas, anda boleh gunakan ayat-ayat seperti,
“Tolong maafkan saya kerana…”
Perbaiki kesilapan tersebut dan belajar untuk maafkan diri sendiri.

P/S: dengan perkongsian ini, semoga kita  mendapat ilmu yang bermanfaat darinya….
                           " Sharing Is Caring "


Sabtu, 19 Julai 2014

Sang Pemenang / berjiwa kental


Assalamualaikum dan salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam Ramadhan ( hari ke 22 ,19/07/2014 )


Disaat aku lemah…roh yang ada dalam diriku berbisik, ” Kamu harus bersemangat dan kuat, mengapa kamu tidak mengenal diri kamu sendiri? Siapakah Dirimu? Kenalilah dirimu, maka kamu akan dapat segera terbang tinggi menembus langit!!!”


Aku harus bangkit dalam pemikiran dan kekecewaan ini..Aku harus menghargai, menghormati dan percaya pada diriku yang begitu Luar Biasa dan hebat saat diciptakan.
Tidak ada alasan untuk menjadi lemah dan tidak berdaya.Walau setinggi gunung masalah dan seluas lautan kesulitan datang padaku. Pada saat tibanya kekuatiran dan rasa takut  itu adalah saat yang  amat baik untuk menjadi kuat dan berani.


Aku tidak boleh mengasihani diriku dengan  mengenangkan kesedihan dan mengeluh. Selalu ada keceriaan dan harapan, itu yang harus aku agungkan.Kehadiran masalah  dan kesulitan ,itulah  namanya kehidupan .


Aku tahu, aku akan dapat melompatnya dengan sebuah lompatan Sang Juara,  "Kemenangan" demikianlah yang akan aku lakukan.



Aku tersedar, termenung dalam - dalam dan menerawang jauh dibalik awan.Bahawa aku tidak boleh lemah, terjatuh dalam keluh kesah dan merangkak.Kehidupan ini perlu diteruskan kerana aku adalah Sang Juara sejak dilahirkan.


" Tuhanku…terima kasih, disaat aku lemah dan seakan tidak berdaya begini, dan seakan-akan tiada harapan dalam menghadapi masalah ini, Engkau membelai dan mengangkat aku…sehingga ada kebangkitan dan gelora untuk melompat melewati hari-hari. Tanpa ada rasa ragu ,bimbang dan takut."

Renungan buat diriku…..

"Sharing Is Caring"







terbang tinggi menembusi langit



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca blog Hijraku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam Ramadhan ( yang ke 22 ),


” JIKA KAMU DIBERIKAN SAYAP UNTUK TERBANG TINGGI, LALU MENGAPA KAMU MERANGKAK SEPERTI SERANGGA? ”
~ Khalil Gibran ~


Sebagai Hamba Allah,kita sentiasa meminta dan berdoa kepadaNYA,agar hidup ini sentiasa mendapat rahmat dan diberkatiNYA.

kata-kata semangat untuk diri adalah digalakkan supaya kita sentiasa hidup dalam keceriaan dan kegembiraan.Kata-kata semangat adalah penguat matlamat kita agar sentiasa fokus dengan apa yang kita mahukan terjadi dan terjadi atau wujud dalam hidup kita.Kita perlu melakar masa depan kita sendiri untuk menjadi apa.Tuhan akan sentiasa membantu hambanya yang ingin mengubah hidupnya ke arah kebaikan .

Kata-kata di bawah ini,kemungkinan besar boleh membantu dalam kita menangani kehidupan ini,agar sentiasa ingat pada Tujuan kita.

Aku harus menjadi yang terbaik, selalu keluar sebagai seorang pemenang dalam setiap pertarungan hidupku.
Aku harus bisa terbang tinggi  cita - citaku harus tinggi, bukan hanya setinggi langit, tetapi sampai menembus langit!



  • Jangan pernah aku meremehkan dan merendahkan diriku sendiri yang luar biasa ini. Ya. . Memang luar biasa!
  • Aku harus yakin dan percaya, bahawa aku dilahirkan sebagai seorang pemenang.
  •  Aku harus selalu punya keinginan dan harapan akan masa depanku  sentiasa cemerlang.
  •  Aku harus selalu punya pemikiran - pemikiran yang besar dan luas.


"Tuhan. . . Engkau Yang Maha Tinggi. . . Aku percaya Engkau akan meninggikan setiap umatMU yang mahu berusaha dan bekerja keras dalam hidupnya ".

P/S: untuk renungan bersama…." Sharing Is Caring"





Rezeki dan kesungguhan mengubah Hidup


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan Masa ini…..

Salam Ramadhan yang ke 22( 19/07/2014)


                            "Rezeki - dan Kesungguhan Mengubah Hidup"

 Adakah Kita bersungguh sungguh mengubah hidup kita?

                   "When you have the lessons, you don't need experience."

Melalui pengalaman, kita belajar sesuatu. Pengalaman adalah guru yang sejati, sehingga  menyedarkan kita tentang sesuatu . Melalui pengalamanlah kita peroleh pengajaran sepanjang hidup.

Rezeki mempunyai maksud yang luas seperti rezeki kebahagiaan,rezeki anak,rezeki harta,rezeki wang ringgit,rezeki ilmu dan pelbagai lagi.malah ada antara kita yang hendak;


  • Hendak kaya  tetapi tidak bersungguh mengubah hidup untuk  menjadi seorang yang kaya.
  • Hendak terjun dalam bidang bisnes tetapi tidak bersungguh menuntut ilmu perniagaan.
  •  Hendak kereta , rumah  tetapi tidak bersungguh mencapai impian itu.

Mereka hanya sekadar hendak tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam. Kunci yang akan mengubah kita untuk bertindak, adalah Mesti Dapat.

Bermula saat itu insya-Allah, kita akan mempunyai kesungguhan yang menggila untuk capai ke arah impian yang kita impikan.

Kesungguhan mengubah hidup juga adalah antara salah satu rezeki yang penting untuk disyukuri.
            "Untuk mendapat bahtera, ada mahar yang perlu dibayar."
         "Untuk mendapat syurga, ada mujahadah yang perlu dipertahankan."


Seperti seseorang yang   hendak kurus , apabila dikurniakan rezeki kesungguhan, seseorang itu akan sanggup tahan banyak perkara, termasuk menahan nafsu makan yang selama ini yang telah dimanjakan.

Demi mencapai impian ;

"Aku mempunyai berat badan ideal 48 kg."
Dia akan memasang dalam mindanya,
"Aku mesti dapat. Aku mesti capai."
Saat itu, dia akan bertindak dengan kesungguhan yang luar biasa untuk mencapai impian,
"Aku mempunyai berat badan ideal 48 kg."
Niat adalah doa. Doa > usaha > tawakal.

Sekiranya  kita dikurniakan rezeki "kesungguhan" untuk mengubah hidup yang biasa-biasa kepada luar biasa, belajarlah untuk sentiasa melafazkan syukur dan terima kasih kepada Allah. Mungkin boleh jadi   10 daripada kita , hanya 1 dikurniakan nikmat itu.

                                                 "  Believe to achieve."

Pengajaran ini adalah pengajaran yang mahal, bagi sesiapa yang telah lama dalam keadaan yang kurang menyenangkan,inilah masanya untuk mengubah cara hidup dengan kesungguhan.Pastikan keajaiban bersama kita.

P/S: Semoga bermanfaat…Sharing Is caring"



Lakukan Apa yang Anda Mampu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan (hari ke 22 pada 19/07/2014)


" LAKUKAN APA YANG ANDA MAMPU, DENGAN APA YANG ANDA MILIKI "
~ Theodore Roosevelt ~

Sesiapa sahaja memiliki impian yang ingin dicapai, termasuk anda.  Sama ada impian berkaitan kejayaan perniagaan, kerjaya, keluarga, harta, pencapaian diri dan sebagainya.
Namun, tidak semua orang berjaya mencapai impian yang ditetapkan itu sama ada mungkin kerana besarnya rintangan yang mereka hadapi, ataupun mungkin kerana mereka tidak berjuang mencapai impian itu melalui kaedah-kaedah yang betul.

Terdapat dua faktor utama sesebuah impian itu lambat ataupun cepat dicapai:
  • Faktor luaran (tidak dapat dikawal)
  • Faktor dalaman (dapat dikawal)
Faktor pertama adalah seperti sokongan keluarga, bencana alam, keadaan ekonomi dunia/negara, fitnah, keadaan cuaca dan sebagainya.

Manakala faktor kedua adalah sepenuhnya ditentukan oleh diri kita sendiri seperti rajin, malas, bersungguh-sungguh, keinginan yang membara, bersemangat, suka, benci, tidak cepat berputus asa, ilmu, kemahiran, bakat, ketahanan mental dan sebagainya. Ya, terlalu banyak untuk disenaraikan!

Daripada senarai dua faktor itu, didapati 90% daripadanya lebih banyak pada diri kita, iaitu faktor yang boleh dikawal! Jadi dapat kita lakukan kesimpulan awal bahawa, impian boleh dicapai apabila kita berusaha dan melakukan tindakan yang betul. Pendek kata, kita lakukan perkara yang dapat kita kawal sepenuhnya.

Namun, kita perlukan formula ataupun prinsip asas yang akan kita pegang selalu agar kita sentiasa fokus sepenuh hati terhadap matlamat yang telah ditetapkan.


  • Jika ada kemahuan, walaupun harus mengalami kegagalan, tapi akhirnya pasti boleh.

  • Hidupku harus berguna dan bermanfaat untuk melakukan perkara-perkara yang baik.
  •  Aku harus selalu melakukan yang terbaik , itulah jalan untuk menuju kesuksesan.
  • Sekiranya ada kesempatan untuk berbuat baik, gunakanlah kesempatan itu jangan buang masa.
  •  Setiap orang pasti ada kemampuan untuk menjadi yang terbaik dalam hidupnya.
  • Percayalah, siapa pun kita,apa pun latar belakangnya, sekiranya ada niat dengan  ketulusan  serta kesungguhan ,pasti Tuhan akan membantunya .
  • Fokuskan pada niat anda,capai impian,jangan kuburkan.
  • Kumpulkan energi anda untuk perkara yang positif ( cita-cita).


# Ya Allah. . berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup ini. . . Agar aku menjadi pemenang yang dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain.


P/S : Renungan dan Pedoman Buat diriku yang lemah ini.
" Sharing Is Caring "


MH17 menyedarkan kita tentang kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,

Salam Ramadhan yang ke 22( 19/07/2014).


"Hidup ini pasangannya adalah mati. Seperti pasangannya lelaki dan perempuan, siang dan malam, matahari dan bulan. Cepat atau lambat semua kita akan mati." 

Mengapa kita perlu takut akan mati? Suka atau tidak, ia tetap akan datang menjemput kita. Dalam bentuk yang bagaimana, wallahualam.

Peristiwa MH17 yang berlaku baru- baru ini sebenarnya sangat mengejutkan kita lebih-lebih lagi ahli keluarga yang terdekat.Peristiwa MH17 yang dikatakan  di tembak jatuh dari  Amsterdam ke Kuala Lumpur,suatu tragedi yang amat menyayat hati.

Sesungguhnya peristiwa MH17 ini membawa impak besar kepada kerajaan Malaysia,belum lagi selesai Tragedi MH 370,kini MH 17 pula menyusul.

Sesungguhnya kematin itu berlaku di mana sahaja tidak kira siapa kita.kematian tetap akan menjemput walau dalam keadaan apa sekalipun.Sesungguhnya,kita sebagai umat Islam,sentiasa mengingatkan diri kita dengan beberapa perkara seperti berikut:


  • Muda sebelum tua
  • sehat sebelum sakit.
  • kaya sebelum miskin
  • Sembahyang sebelum disembahyangkan.
  • Hidup sebelum mati.
  • Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
  • Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
  • Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan  dengan kain kafan yang serba putih.


                    "Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan"
Soal kematian kadang membuatkan kita takut ,sehingga terlalu berjaga-jaga akan kehidupan dan kesihatan kita. Macam mana sihat pun kita,  jika waktu kematian sudah dekat,  dan maut  datang menjemput, apa yang mampu kita lakukan? Di dalam tidur, di dalam jaga dia tetap akan datang juga.


Bukankah kita hadir di dunia ini atas rahmat kasih dan sayangnya juga? Baik atau buruk adalah ciptaan dan permainan manusia untuk membezakan cara dan perilaku kita di dunia ini.
Hukum karma mahupun qada dan qadar itu nyata dan kita perlu menerima apa yang terhidang dalam lapang dada kerana walau apa pun, nilai positif itu wajib tersemat di dalam dada dan di situlah nilai atau tahap yakin kita pada cerita dan takdir kita di dunia ini.
Innalillah itu adalah sebaik pengucapan kerana kita belajar untuk mengembalikan apa saja yang dipinjam apabila sampai masanya.
Jadi, perkara yang terbaik adalah, inilah kita yang seadanya. Perlakuan mahu pun adab itu bergantung pada tahap faham dan kenal diri kita.
Apa yang kekal hanyalah roh kita. roh yang kita miliki selama ini bersama dengan jasad kita. Tidak kira sama ada kita ini seorang perompak, penagih dadah, kongsi gelap, peguam, jurutera, doktor, pencuci, pemuzik, penceramah atau siapa pun kita. Kita memilikinya kerana cerita di dunia ini bergantung pada apa watak kita dan bagaimana kita menanganinya.
Roh itu singgah di jasad, menjadikan kita bernyawa dan hidup dalam acuan dari yang maha mencipta. Akal membentuk perjalanan hidup dan nafsu kita. Hitam atau putih kitalah yang mencorakkan kehidupan kita di muka bumi ini,sebenarnya pilihan ada di tangan kita,jika mahu baik maka kita boleh jadi baik dan sebaliknya.

Perhubungan kita dengan Tuhan bukan hanya melalui pengucapan dan ritual semata - mata bahkan merangkumi segala macam aspek kehidupan yang kita sedang jalani ini. Segala jawapan akan kita temui di dalam diri kita sendiri, kerana kita tidak akan menipu diri kita sendiri sebagaimana kita menatap wajah kita sendiri di cermin.
Kita bercerita tentang mencari kasih-sayang Tuhan dalam konteks manusia yang beragama. Syariaat itu nyata dan kita tidak akan menafikan. Saya percaya kepada keikhlasan kita dalam mengenal siapa kita dan alam ini, itu lebih bermakna dan memberi kesan kepada jiwa.

 Apabila  tiba masa untuk pulang, sama ada kita suka  atau tidak,kita perlu meninggalkan apa yang tersayang dan apa  ada dalam tubuh badan. Apa yang terbaik, jalanilah kehidupan ini dengan berlapang dada dan tanamkan keyakinan bahawa kita ini adalah makhluk yang istimewa seperti janjiNya. 


Sedarlah kamu sebelum kita disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kita sebelum kita ditalkinkan  kerana ianya berguna untuk yang  masih tinggal dan bukan yang pergi. Beristighfarlah  sebelum kita diistighfarkan.

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memangggilmu buat kali yang terakhir. Ingatlah, kita dahulu hanya setitis air yang tidak bererti lalu menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging lalu  ,daging itu membaluti tulang jadilah kita insan yang mempunyai erti dan sangat bermakna.


Buat diriku yang masih dalam pencarian dan pencarian,buat diriku yang masih dalam penghijrahan demi penghijrahan….Aku mohon padamu ya Allah…berkatilah hidupku,selamatkanlah aku dunia dan akhirat.


Semoga Tragedi MH370 dan MH17 menyedarkan kita semua daripada kelalaian kita dalam mengharungi hidup di dunia ini,semoga kita semua mengambil ikhtibar dari peristiwa ini untuk menjadikan diri kita  jadi lebih baik dan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t…kerana darinya kita datang dan kepadanya juga kita kembali.

P/S: semoga hidup ini penuh dengan keinsafan…

 " Sharing Is Caring"


Khamis, 17 Julai 2014

Kenapa Pilih Sabah FM ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…..
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan,

Hari ini adalah hari ke 19 umat Islam di Malaysia berpuasa.Setelah menguruskan dan menyediakan persiapan suami pergi kerja dan anak pergi ke sekolah,saya mengambil kesempatan untuk mengemas rumah.

Sudah menjadi kebiasaan,sambil bekerja mengemas rumah,saya mendengar Radio yang saya sediakan dan letak di ruang khas dapur.Bekerja sambil dengar radio tidak terasa penat lelah. Mengemas rumah sambil dengar radio salah satu cara saya untuk menghiburkan diri dan mengurangkan stress dengan kerja-kerja rumah yang tidak ada habisnya.Radio jenama Sony ini,sudah 10 tahun menemani , menghibur dan memberikan info kepada saya.

Siaran Radio yang sering menemani saya ialah " Sabah FM ". Kenapa Sabah FM? Jika dalam kereta  sambil memandu,saya mendengar Era Sabah,bukan kerana saya tekan butang cari frekuinsi Era Sabah,tetapi  kereta  selalu dipinjam suami jika keretanya masuk workshop. Suami pula dengar Era Sabah. ….ahh dengar sahajalah tidak ada salahnya ,yang penting memberikan info yang menarik.

Kenapa Sabah FM? berbalik kepada soalan tersebut,seorang kawan berkata dia tidak suka mendengar Sabah Fm kerana membosankan,tapi bagi saya tidak kerana ia memberikan info dan perkara-perkara yang berlaku di Negeri Sabah.sekurang kurangnya Saya tahu apa aktiviti di luar sana.Iklan -iklan yang disiarkan dan maklumat,secara tidak langsung saya dapat merancang hari dan masa saya untuk pergi ke tempat tersebut seperti Hari  Sambutan Ulang Tahun RTM Sabah,Karnival Buku di One Borneo , Jom Heboh dan bermacam-macam lagi .

Apa yang membosankan? saya terfikir juga apa yang membosankan sesetengah pendengar tentang Sabah FM?  ooohhh,akhirnya saya dapat jawapan dari soalan saya sendiri.Bagi yang rasa bosan,mereka mungkin  mahu mendengar lagu-lagu terkini dan popular dan tidak perlukan info-info atau maklumat , sementara saya pula mementingkan maklumat dan info agar saya dapat mengetahui apa berlaku di kawasan saya .

Sabah Fm memudahkan aktiviti harian seperti berkumandangnya azan pada setiap waktu solat,berkumandangya azan pada solat magrib dan menunjukan waktu berbuka puasa sudah tiba, berkumandangnya bacaan-bacaan AlQuran, ceramah ,berita terkini dan sebagainya.Alangkah mudahnya hidup ini………....sambil berhibur dengan lagu-lagu yang disiarkan.

Setiap sesuatu itu, kita boleh gunakan untuk kemudahan kita dan berfikiran positiflah.alangkah mudahnya hidup ini jika sesuatu perkara itu kita jadikan pedoman dan boleh melancarkan urusan seharian kita.

Sabah FM…Bagus Bah!!! …….itulah Slogan Siaran Radio Sabah FM, Kota Kinabalu Sabah.

" Sharing Is Caring"