Selasa, 20 Disember 2016

Kuatkan Rohani dan Fizikal dengan Tahajjud

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
bersua kembali ..



                    Ajak Hati Tahajjudkan Hidup ini



“ Tahajud itu ibadah, sekaligus jambatan meraih sukses.Saya dapat rasakan itu dalam meniti hidup ini .”  ( Hasdiana Dewi,msn.Dosen Universiti Negri Corontalo ).


“ Kita memerlukan jalan keluar atas masalah yang kita hadapi. Kita memerlukan Tahajud sebagai salah satu jalan mengatasi masalah ini,  hanya tahajud yang boleh menggerakkan mukzizat yang boleh menjadi jalan menyelesaian masalah kehidupan .”


….dari 1/3 malam malam terakhir itu, kita dapat menggerakkan hati kita, mendongak kecerdasan kita, intelektual kita,spiritual, sosial sekaligus finansial.Tahajud ialah bentuk kecerdasan kita untuk menginvestasikan waktu di saat banyak orang sedang lelap dalam mimpi.


“ dan bangunlah pada sebahagian malam, dirikanlah solat tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu, semoga Allah/Tuhanmu mengangkat mu 
 ke tempat yang terpuji.”

Malam adalah detik- detik yang sangat berharga , nilai timbangannya sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan waktu lain. Pada malam hari dikatakan adalah waktu untuk berehat setelah penat melakukan pelbagai aktiviti dan menyelesaikan tanggung jawab pada siang hari.

Namun sewaktu kebanyakan dari kita terlelap dalam istirehatnya, melepas segala kelelahan dan kepenatan , ada sebahagian daripada hamba Allah yang bangun dan melakukan munajat bertahajud pada Allah yang maha Esa.

Manusia setiap hari dihidangkan dengan pelbagai situasi dan cabaran sehingga menuntut kita untuk bekerja keras bagi melakukan tanggung jawab terhadap keluarga , masyarakat dan negara. Cabaran demi cabaran diterima sehinggakan ada yang tidak sanggup menghadapi hidup dan menanggung masalah yang amat menekan.
 Keadaan yang menghimpit ini menyebabkan ada yang mengambil keputusan negatif menuju ke arah kontra daripada tatasusila kehidupan seperti mengambil dadah, merompak, merogol, membuli dan pelbagai masalah sosial.Mereka tidak dapat menangani jiwa dan rohani.Jiwa dan rohani mereka memberontak akibatnya berlakulah perkara yang tidak sepatunya.

Bagi mereka yang menyedari kekuasaan Allah, ada sebahagian malam yang Allah peruntukkan bagi hamba- hambanya agar bangun dan tenangkan diri pada waktu itu.Mereka berebut meraih tawaran Allah agar hidup dapat disempurnakan fizikal dan rohani.Rohani  perlukan ketenangan,tenaga yang perlu dibaiki pulih setelah banyak digunakan pada sebelah siang.

Allah berfirman dalam surah as-sajadah ayat 16;

“ Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur,(sedikit sangat tidur kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh ).Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut? merendah diri kerana takut dengan kemurkaanNya.serta dengan perasaan ingin memperolehi keredhaannya dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami(Allah) beri kepada mereka”.Hadis Rasulullah s.a.w



“ sesungguhnya Allah s.w.t turun ke langit dunia tiap-tiap malam pada 1/3 akhir malam.sesiapa berdoa ketika itu maka Allah s.w.t akan memperkenankan permintaannya dan sesiapa yang memohon keampunan pada ketika itu, Allah s.w.t akan  mengampunkannya. Bagi kamu wajib bangun malam kerana bangun malam itu adalah makanan dan minuman orang orang yang soleh.”

“ wahai manusia, ingatlah (tahajud) hari kiamat akan terjadi, sesiapa yang takut dia akan bangun malam dan sesiapa yang bangun malam dia akan sampai rumah(selamat).Ketahuilah, dagangan Allah itu mahal.Ketahuilah dagangan Allah itu syurga.gempa terjadi diikuti suara keras dan semua yang dilandanya akan binasa”

Generasi Islam pada zaman Rasulullah disebut sebagai generasi al-Qurani yang unik dan mampu menggerakkan potensi fitrahnya dengan sangat indah dan kukuh.Melalui generasi tersebut, lahir pemuda-pemudi yang terbilang.para generasi ini menjadikan Qiamulail (solat Tahajud) sebagai tradisi.Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan dengan tegasnya kepada para sahabatnya agar tidak mengabaikan solat tahajud.

Sesungguhnya janji Allah itu benar, oleh itu hanya orang - orang yang cerdas mahu mengorbankan segala  yang dinikmatinya untuk bertahajud agar dapat memiliki tempat terhebat iaitu kenikmatan  batin syurga dunia dan akhirat.

Manusia setiap hari dihidangkan dengan pelbagai situasi dan cabaran sehingga menuntut kita untuk bekerja keras bagi melakukan tanggung jawab terhadap keluarga , masyarakat dan negara. Cabaran demi cabaran diterima sehinggakan ada yang tidak sanggup menghadapi hidup dan menanggung masalah yang amat menekan.

 Keadaan yang menghimpit ini menyebabkan ada yang mengambil keputusan negatif menuju ke arah kontra daripada tatasusila kehidupan seperti mengambil dadah, merompak, merogol, membuli dan pelbagai masalah sosial.Mereka tidak dapat menangani jiwa dan rohani.Jiwa dan rohani mereka memberontak.

bagi mereka yang menyedari kekuasaan Allah, ada sebahagian malam yang Allah peruntukkan bagi g dinikmatinya untuk bertahajud agar dapat tempat tersebut.Kenikmatan batin di syurga dan  akhirat. Seperti yang telah dijelaskan di atas, bahawa konflik hidup yang pelbagai perlu mencari jalan penyelesaian.Justeru itu, Allah telah berjanji bahawa Tahajud adalah jalan penyelesaiannya.

Hidup pada zaman Rasulullah dan hidup pada zaman ini memang jauh perbezaan tentang permasalahan hidup. Masalah yang dihadapi oleh para Rasul dan Nabi amat berat. Mereka bertanggung jawab untuk seluruh umat.Pada zaman mereka masing- masing meliputi persoalan dunia dan akhirat.  Oleh itu kenapa para rasul,nabi sahabat serta para pemuda dan pemudinya mampu melalui semua cubaan dalam hidup mereka? Jawapannya adalah pengabdian kepada Sang maha Pencipta melalui ibadah -ibadah khususnya solat Malam bertahajjud.

 “ Hidup ini perlu ditahajudkan “ saat kita melaksanakan qiamullail solat tahajud dengan penuh hening penuh kepasrahan dan kekhusukan, sesungguhnya kita sedang menjawab panggilan Allah untuk menyahut tawaran rahmatnya.

Pada zaman yang serba canggih yang penuh dengan teknologi, informasi yang menghasilkan pelbagai kemudahan hidup , kerahkan diri dengan segala hasil dan produk teknologi untuk menguatkan tekad, semangat agar hidup ini dapat jalan penyelesaian yang diimpikan gunakanlah senjata ampuh ini iaitu Tahajud.buktikanlah pada diri bagaimana ajaibnya bertahajud kepada Allah s.w.t.

Cara mengerjakan solat tahajud:

Solat Tahajud disebut juga sebagai solat malam kerana dilakukan pada malam hari kerana fadhilatnya dan ganjarannya sangat besar di sisi Allah.waktunya mulai selepas solat isyak hingga menjelang waktu subuh.Solat sunat tahajud ini dilakukan 2 rakaat ,4 rakaat, 6 rakaat atau 8 rakaat  dan beberapa rakaat yang sanggup.


Menurut riwayat Hr abu Daud,Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajud ini walaupun baginda sedang sakit.Baginda akan solat secara duduk. Sudah tentu  ada hikmah yang tersembunyi.Hikmah yang amat hebat , hikmah dunia dan akhirat yang Allah bagi,  pada mereka yang sentiasa memelihara dan menjaga tahajud.


Jika para pejuang pejuang islam dahulu gagah perkasa menjulang pedang pada siang harinya, namun pada malam hari mereka bagai anak kecil menangis, sujud merendah diri, merintih di hadapan Allah s. w t dengan bertahajjud.Oleh yang demikian,sebagai hamba Allah, keturunan Adam dan Hawa yang mengikut sunnah Rasulullah mengajak diri saya dan anda ,jom tahajudkan hidup ini agar hidup kita sentiasa ada jalan penyelesaiannya dengan rahmat yang Allah kurniakan.

Sebagai rumusannya, solat tahajud adalah solat sunat amalan para nabi nabi dan juga generasi zaman dahulu.Pemuda pemudinya berjiwa kental dan kuat hasil daripada amalan Tahajud yang mereka kerjakan.Bagi Rasulullah, Orang - orang yang tidak mengamalkan solat tahajud pada ketika itu,mereka tidak dibawa ke medan perang kerana dianggap tidak kuat dari segi fizikal dan rohani.
sekian.



                                  
p/s; semoga bermanfaat.

Jumaat, 12 Disember 2014

Termenung Sejenak Merungkai Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…


Aku menulis bukan kerana nama….

The Cave ( AL Kahfi )


" sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan kami telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai sesuatu "


Sebagai hamba Allah, betapa seringnya kita berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi dalam meniti kehidupan ini. Mungkin ada di antara kita yang terlupa betapa selain agungnya kitab Allah,  ia sangat ampuh dan sangat kuat pengaruhnya.



kita sering leka dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran  khasnya surah yang sedang saya renungkan ini iaitu Surah Al- Kahfi. Allah s.w.t telah menyampaikan kepada kita bahawa DIA akan selalu mengikuti prasangka hambaNYA. Berprasangka yang negatif akan membawa kesan negatif, berprasangka positif akan membawa kesan positif.

Allah yang maha kuasa tidak pernah memberi kesengsaraan kepada sesiapapun, malah Allah berpesan kepada  semua hambahnya, bahawa DIA sentiasa mengikuti prasangka hambanya sama ada baik mahupun yang buruk. Mari kita renungkan sejenak;

" Sesungguhnya kami ( Allah s.w.t ) telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi dan kami ( Allah s.w.t ) telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai sesuatu ( kejayaan ) ".

Allah s.w.t tidak pernah membezakan hukumnya kepada sesiapa,  Allah s..w.t pasti memberi. Allah s.w.t  adalah Tuhan maha pemberi. Formula yang ada dalam Al-quran ada menyatakan bahawa alam semesta dan manusia mempunyai daya tarikan antara satu dengan yang lain.

" fikirkanlah sebab - sebab yang baik, maka anda akan memperolehi akibat yang baik "

Saya percaya anda sudah sering mendengar tentang kehebatan  " The Secrete " dan bagaimana orang -orang hebat pada ketika dahulu mempraktikan hukum ini. Saya percaya juga bahawa anda sedang mengaplikasikan hukum ini dalam setiap perjuangan anda untuk mencapai sesuatu yang anda inginkan.

Siapakah orang - orang hebat tersebut  dalam sejarah pada zaman dahulu yang telah mengetahui Hukum ini  ( Tarikan/ LOA ) ?
  • Plato
  • Shakespeare
  • Newton
  • Beethoven
  • Lincoln
  • Emerson
  • Edison 
Bagaimana pula dengan tokoh -tokoh Islam pada zaman dahulu ?

Sesungguhnya para tokoh -tokoh Islam zaman dahulu tidak kurang hebatnya. Mereka telah menggegarkan dunia dengan kuasa yang ada dalam diri mereka dengan pengaruh kuat , hebat dari Al - Quran. Al - Quran adalah formula menyeluruh yang memberitahu bahawa Alam semesta dan manusia sering berhubungan dan mempunyai kuasa tarikan yang amat hebat. Sesungguhnya Allah menciptakan Alam ini untuk makhluk - makhluknya ( manusia ).

P/S; Semoga apa yang saya tulis ini mengingatkan kita betapa di dalam setiap surah  Al-Quran itu tersembunyi pelbagai rahsia Allah.

" Sharing Is Caring "








Khamis, 11 Disember 2014

Bersangka baiklah Kamu...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…bersua kembali pada jam ini dan masa ini
Aku menulis bukan kerana nama..
" Hati adalah cerminan fikiran Anda.Ia memantulkan apa yang anda fikirkan. Setiap kali terjadi pantulan, anda akan merasakan sensasinya sama ada kegembiraan atau pun kesedihan " ( Ali Ahmad Maleya )
Pesanan Syeikh Abdul Kadir Al -Jailani kepada semua Muslimin dan muslimah,  sentiasalah bersangka baik sesama insan. Oleh itu, beliau berkata;
Sekiranya engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa orang tersebut lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu :
" Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi berbanding aku."
Sekiranya bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini suci dan bersih, belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripada aku "
Sekiranya engkau bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
" Dia telah banyak beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripada aku "
sekiranya bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) 
" Orang ini memperoleh kurnia  daripada Allah yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripada aku "
Sekiranya bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Orang ini berbuat  maksiat kepada Allah kerana dia bodoh  dan tidak tahu apa-apa, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Oleh itu, aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak,  dia tentu lebih baik daripadaku "
Sekiranya engkau bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.  Mungkin pada akhir usiaku,  diriku ini kufur dan berbuat buruk.."
Marilah kita bersangka baik terhadap sesama kita kerana bersangka baik banyak faedahnya sementara bersangka buruk, boleh membawa dosa.
" Sharing Is Caring "




Rabu, 10 Disember 2014

Calon PHD dan Master Kenapa Kaya berfikir Miskin Penulisan


Assalamualikum dan selamat sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah..
bersuah kembali pada jam ini dan masa ini…

Selamat bercuti semester akhir bagi para murid dan juga selamat bercuti cuti Malaysia wahai para Guru-guru…Senyum senyum selalu…( 23/Nov/2014-05/01/2015 )

Saya amat tertarik dengan sebuah hasil  tulisan DR.OT dalam blognya “ DR.OT”, yang mengatakan kenapa calom PHD dan juga Calon Master kaya dengan pemikiran tetapi miskin dan muflis dengan penulissan.

 DR.OT  seorang yang sangat terkenal dengan blognya yang berkaitan dengan pembelajaran pengajian tinggi, amat terkejut apabila mendapat soalan yang diajukan kepadanya “ DR.,banyak masakah menulis dalam blog dengan begitu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan ?”  soalan ini amat memeranjatkan beliau kerana orang yang bertanya adalah calon-calon PHD dan juga Master. Bagi DR.OT, beliau tidak hairan sekiranya orang yang bertanya itu adalah ibu-ibu dan juga bapa-bapa dari kampung.

Seorang penulis yang cintakan kerjanya dan karyanya, akan sentiasa komitmen dengan tugas tugas yang ada namun dalam hal menghasilkan penulisan, ia tiada batasannya. Bagi DR.OT, komputernya sentiasa stadby, jika idea muncul secara tiba-tiba maka beliau secepat mungkin akan bertindak untuk mencatatnya atau menaipnya.

Bagi DR.OT, dia percaya bahawa menulis lebih penting dari berfikir kerana seseorang yang suka menulis dia adalah seorang yang sentiasa berfikir dan menghasilkan idea.Menulis merupakan satu skil terutama menulis dalam computer kerana menulis dalam computer adalah lebih cepat, cekap, dan sistematik.Semua perkara tersebut merupakan satu skill jika ingin menghasilkan penulisan yang lebih baik dan mantap.

Menurut DR.OT, beberapa Skill sebagai seorang penulis yang berkecimpung dalam PHD dan Master, boleh dilihat seperti berikut:
  •      Menulis paragraph ilmiah seperti LR (Literature Riview ).
  •      Mencari idea dan mensintesis LR (Literature Riview )
  •      Menginsert citation dan lain lain lagi.

Seseorang yang tidak menguasai skill skill yang telah disebutkan tadi, bagi DR.OT, apabila dia menulis maka hilanglah idea, hilanglah pedoman. Pesanan yang diberikan oleh DR.OT, menulislah supaya anda dapat berfikir dan sentiasa berfikir. Para calon calon PHD dan juga Master, menulislah, menulislah , jangan kita hanya banyak berfikir tetapi miskin dan muflis penulisan.

P/S : Semoga pesanan Dr.OT, menjadi ikhtibar bagi kita khasnya para calon PHD dan Master yang sedang bergelut dengan tugasan sekarang ini.


"Sharing Is Caring"


Rabu, 15 Oktober 2014

Kenapa Aku Hilang Idea ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…



Salam  Rabu...(15/10/2014)
Agaknya sudah lama kita tidak bersua dalam blog Hijrahku yang amat aku sayang ini.Walaupun Blog Hijrahku banyak kekurangan dari segi penulisan,hiasan dan kecantikan namun,blog ini amat aku sayang kerana melalui blog inilah aku dapat menghasilkan penulisan dan juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan.
Sudah agak lama juga aku tidak menulis...sibuk punya sibuk akhirnya aku lupa untuk menjenguk Blog Hijrahku sendiri.Kebelakangan ini aku sangat sibuk menguruskan banyak perkara.



Kenapa aku hilang idea untuk menulis sesuatu dalam Blog Hijrahku ini?Soalan ini bermain-main dalam mindaku.Kenapa aku hilang idea dan tidak ada ilham?…..Memang benarlah kata-kata para cendikiawan,bahawa jika kita fokus pada sesuatu perkara maka minda kita akan beri tumpuan sepenuhnya pada apa yang kita fokuskan.Apa yang aku fokuskan?……

Ya…sejak aku mula menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UMS Kota Kinabalu Sabah,mindaku telah memberi tumpuan dalam bidang pengajianku.Aku amat sibuk menguruskan hal pengajian dan kerja-kerja kursus.Mungkin kerana tumpuanku ke arah pembelajaran maka aku tidak ada idea untuk menulis sesuatu dalam blog Kesayanganku ini.

Atau mungkin juga, mindaku penat dan perlu berehat…insyaallah,suatu hari nanti aku akan menulis sesuatu yang menarik dan bermanfaat kepada Pembaca Blog Hijrahku….

Sekian coretanku pada jam ini dan masa ini…" Sharing Is caring "




Isnin, 13 Oktober 2014

Mantapkan diri dengan rahsia orang zaman dahulu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,

Agak terlalu lama saya tidak menulis dalam blog Kesayangan hambah ini…heheheh ( gurau sikit ).
saya meninggalkan sementara (rumah) blog Hijrahku kerana sangat sibuk menghijrakan diri.Kesibukan menguruskan kerjaya, kesibukan dalam mengurus keluarga dan kesibukan menyelesaikan semua hal- hal yang berkaitan dengan urusan Pengajian.

Setelah mengikuti  hampir dua bulan kelas kuliah  , semangat saya boleh jadi turun naik, turun naik.Semangat saya  jadi down.Saya berfikir-fikir sama ada teruskan atau tidak bidang pengajian saya ini.Saya  sentiasa berdoa kepada yang maha esa agar menetapkan hati yang sering berbolak-balik bagai kuali ini.Kenapa saya tiada ketetapan hati? itu soalan yang sering bermain dalam fikiran sejak menjejaki alam baru ( pelajar).

Mana mungkin saya dengan mudah mengalah dan melepaskan impian saya menjadi pelajar  dalam bidang yang saya impikan.Sebagai menguatkan hati yang berbolak balik ini,saya  sentiasa berdoa kepada Allah agar menetapkan hati ini. Saya cuba meningkatkan motivasi diri dengan menguatkan hati membaca dan memahami rahsia kekuatan orang- orang zaman dahulu.

Mari kita perhatikan apakah rahsia mereka sehingga berjaya menakluki dunia;


            The science of Getting Rich (dari buku lama Wallace D. Wattles)
"Ada sebuah energi alam semesta yang membentuk segala sesuatu,energi ini mengisi seluru alam semesta , membangun sebuah fikiran  / idea di dalam minda anda , anda menciptakan energi ini , dan sesungguhnya anda sedang menciptakan apa yang anda fikirkan "
  •  Manusia memiliki kemampuan untuk menciptakan sebuah pemikiran dan menyebabkan apa yang difikirkan dalam pemikiran  dapat diterjemahkan atau diwujudkan dengan kekuatan semangat dan keajaiban energi alam semesta ini.
  • Sebagai  mengaktifkan kemampuan ini, kita harus belajar untuk menggunakan fikiran kreatif kita. Sentiasa berfikir positif dan latih minda setiap hari.
  • Kita dapat menciptakan hubungan harmonis dengan energi alam semesta ini melalui sebuah perilaku yang diamalkan selalu iaitu mensyukuri,menghargai dan merasakan dengan hati nurani@emosi setiap apa yang kita telah nikmati.. Dengan bersyukur dapat mempersatukan fikiran kita terhadap semua energi alamsemesta ini yang selaras dengan fikiran kita. Kita sering mendengar bahawa alam  semesta ini menyokong dan mendukung.Oleh itu bersyukur dapat mempersatukan fikiran kita terhadap semua energi alam  agar sentiasa berpihak kepada kita.
  • Untuk mewujudkan suatu hal yang baru, bayangkan saja sesuatu gambaran atau perasaan yang ingin anda capai dalam fikiran anda. Kemudian ekspresikan penghargaan atau syukur anda terhadap  Allah,terhadap diri dan terhadap alam semesta yang telah memberikannya kepada anda.
  •  Untuk mencapai kejayaan, terapkan ajaran ini - Bangunkan sebuah visi yang jelas kejayaan yang anda harapkan dapat dicapai. Kemudian ekspresikan syukur dan terima kasih terhadap kejayaan yang (seolah-olah) telah datang kepada anda. Anda harus memiliki kepercayaan yang teguh dan rasa terima kasih yang tulus.Apa yang ada di dalam fikiran anda akan datang menjadi kenyataan dengan melakukan kerja-kerja yang berkaitan.Bagaimanakah untuk meraih kejayaan ini ?
  •  Anda harus melakukan semua yang dapat anda lakukan setiap hari untuk menjadikan visi ini menjadi kenyataan. Khususnya, berusaha untuk memberikan sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang Allah berikan dan mereka/ alam ini bayarkan pada anda.Kita adalah ciptaan Allah(Mikrokosmos dan alam semesta adalah ciptaan Allah makrokosmos).
  • Manusia mikrokosmos yang aktif sementara alam semesta makrokosmos yang fasif.Oleh itu penciptaan kita adalah sebaik-baik penciptaan makhluk lain di muka bumi ini.Maka gunakanlah keajaiban yang telah Allah berikan padamu ( manusia)…anda mampu bergerak..anda mampu berfikir..anda mampu mengubah sesuatu menjadi nyata dan anda mampu mengubah jalan hidupmu.
  • Mereka yang mempraktekan petunjuk ini akan mendapatkan kejayaan. Dan kejayaan akan mereka terima dalam bentuk yang tepat sebagai perwujudan visi mereka, kesesuaian dengan tujuan mereka,keteguhan terhadap kepercayaan mereka, dan dalamnya rasa terima kasih mereka kepada Allah Tuhan semesta Alam dan alam ini disediahkan untuk kita,  dan kita adalah makhluk yang terpilih. "
Siapa harus meneruskan perjuangan ini…siapa harus menentukan arah tuju dan haluan hidup ini….siapa harus menciptakan Visi dan misi hidup ini…siapa harus bertindak mencapai matlamat hidup ini…siapa harus mengubah cara hidup ini (dari - ke + ) …siapa harus melangkahkan kaki untuk bertindakkkk?????…….tentu sekali jawapannya adalah diri kita sendiri.kita sendiri…bukan siapa-siapa…siapakah yang harus kita tunggu untuk mengubah kehidupan ini? kita sendirilah yang mengubahnya…tetapi kita jangan lupa bersandarkan kepadaAllah s.w.t….
             

sekian coretanku untuk jam ini dan masa ini..
"sharing is caring"



















Sabtu, 30 Ogos 2014

Jangan Takut Menghadapi Hal Baru

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Merdeka..
Merdeka..merdeka merdeka


" UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG BELUM PERNAH ANDA CAPAI SEBELUMNYA, ANDA HARUS MENJADI SESEORANG YANG BELUM PERNAH ANDA MENJADI SEBELUMNYA "
_ John C. Maxwell _



Agak lama juga saya tidak menulis dalam Blog Hijrahku , hampir tiga minggu tangan  dan jari-jemari kurniaan Allah ini berehat.Walau bagaimana pun,saya sebenarnya tidak berehat bersenang-lenang.Banyak perkara yang harus dibuat dan diselesaikan.

Pada hari ini,Alhamdulillah saya dapat kembali menulis memandangkan beberapa perkara telah selesai.Buat masa ini saya tengah buat persiapan untuk menjadi seorang pelajar sekali lagi.Walaupun usia sudah lanjut namun,kerana cintakan ilmu,saya akan terus belajar dan belajar.Sebagai persediaan untuk menjadi pelajar " Master " dalam bidang Pengurusan pendidikan.

Melalui pengalaman rakan -rakan dan juga melalui pembacaan,memang diakui bahawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master,amat payah@perit sekali.Kekuatan mental,rohani,fizikal dan emosi perlu persediaan yang rapi.Oleh itu, saya menulis sedikit tentang " Jangan Takut Menghadapi Hal Baru ."
Tip menguatkan Hati :


  • Aku tidak akan bosan  selalu belajar dan bekerja, kerana kebosanan mendatangkan kemalasan dan bencana dalam hidup.
  • Seringkali suatu hal itu lebih sulit dalam bayangan dan pemikiran, sedangkan dalam kenyataannya lebih mudah. Jangan buat apa yang hanya dibayangkan dan difikirkan tetapi  kita mesti mencuba.
  • Aku tak perlu risau dan takut akan hal - hal yang belum terjadi, buat apa menakuti diri sendiri.
  • Jangan terlalu memikirkan kata-kata dari rakan yang menakutkan kita betapa susahnya belajar .Kita mesti fikirkan diri kita kerana kita bukan dia.
  • Aku harus punya cita - cita dan tujuan, kerana itu akan membuat aku lebih gembira dan bersemangat.
  • Aku menciptakan masa depanku sendiri dengan cita -cita dan impian yang tinggi.
  • Bila ada semangat dan kemahuan, tujuan itu sudah nyata. Kemahuan dan semangat harus ada  dalam diriku, untuk memenangi pertarungan hidup ini.
  • Aku selalu yakin dan percaya, bahawa aku dapat mencapai dan meraih apa yang aku inginkan.
Percaya pada diri sendiri, berpegang teguh dengan prinsip hidup dan apa yang penting sekali Percaya dengan janji Allah. Ingatlah janji Allah….dalam DNA kita Allah telah berpesan bahawa DIA percaya Manusia pasti berjaya meraih keinginannya/cita-citanya/impiannya….ada 3 faktor yang menunjang kepada kejayaan seseorang iaitu:

  1. Faktor keturunan
  2. Faktor Lingkungan/sekeliling( kesungguhan/kekuatan semangat)
  3. Faktor Fikiran/ Minda( berfikir positif)

Raihlah kejayaan dengan kekuatan faktor ke dua dan ke tiga…..
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita
Kuatkan tali ikatan kita dengan Allah yang maha pencinpta dan maha pengasih.

Sekian coretan Saya untuk kali ini….
" Sharing Is caring "