Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam syawal,
Hari ini terasa penat selepas pulang dari kerja namun digagahi juga kepenatan sesampai di rumah.Memasak untuk makanan malam, memastikan Si Undut ( Nama kucing Parsi Anak aku ),sudah mandi dan makan serta membersihkan tempat tidurnya.
Jika diturutkan hati, sebenarnya saya tidak suka memelihara kucing tetapi demi kasih sayang pada anak yang sering mendesak agar dia dibenarkan memelihara kucing, akhirnya saya menurut .
Sebenarnya apa yang saya tulis bukannya tentang kucing peliharaan anak tetapi saya ingin bercerita tentang duit raya.Sudah menjadi satu kewajiban bagi saya pada setiap tahun pasti memberikan duit Angpau raya pada Aidil Fitri.
Persediaan angpau Raya telah dibuat lebih awal dengan mengisi sampul RM 2.00 - RM 3.00.Keriangan kanak-kanak berhari Raya dan berkunjung ke rumah jiran-jiran sudah menjadi satu amalan dalam kalangan kanak-kanak di kampung Halamam . Saya percaya begitu juga di tempat lain.kanak-kanak amat teruja berhari raya kerana hendakkan Angpau Raya.
Suasana Hari raya pada pagi itu telah diserikan oleh beberapa kumpulan kanak-kanak yang datang .Saya mengambil kesempatan dengan memberikan angpau Raya kepada kanak-kanak walaupun mereka tidak dikenali.betapa gembiranya mereka apabila diberikan Angpau raya.dalam saya masih lagi menghidangkan kuih raya,seorang kanak-kanak telah membuka angpau raya,dia terkejut melihat jumlah wang yang ada…..Ahhhh!!! satu ringgit sahaja?????
Saya agak tersenyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak tersebut..sambil yang lain pula bertanya masing-masing. "Kau berapa duit di dalamnya?…ehhh sama sahaja satu ringgit." begitulah ,nilai RM1 pada hari ini sudah tidak ada makna . Jika dahulu RM1 amat bernilai dan boleh membeli beberapa jenis benda tetapi RM1 pada hari ini tidak ada nilai lagi pada sesetengah orang.Apa lagi bagi kanak-kanak di kawasan bandar,sedangkan kanak-kanak di kawasan Kampung di pedalaman,dapat menilai bahawa RM1 itu sesuatu yang tidak bermakna bagi mereka.
Sebenarnya itu adalah kesilapan,saya menyediakan duit raya RM 2.00 dan ada juga RM 3.00 dalam setiap sampul tetapi saya tersilap ambil sampul yang belum siap dan dikemas kini.Rasa lucu dan tertawa sendiri melihat gelagat kanak-kanak berhari raya.Ada yang tertinggal dari rombongannya,ada yang hilang dari arah, ada yang menangis mencari kawan dan bermacam-macam.
perkara paling lucu sekali apabila seorang kanak-kanak dalam usia 3 tahun tiba-tiba menjerit dan meronta-ronta di halaman rumah ibu. kami semua terkejut dengan tangisannya.kanak-kanak ini menangis sehingga terkeluar hingus.semua orang lalu lalang tidak mengenali siapa punya anak tersebut.Akhirnya,anak buah saya seorang Guru telah menghantarnya ke Masjid dengan harapan,AJK masjid bagi pengumuman tentang kanak-kanak yang hilang.
Begitulah kisah yang dapat saya rakamkan tentang gelagat kanak-kanak berhari raya.
" Sharing Is Caring "
Selasa, 5 Ogos 2014
Getaran jiwa
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal,
" Masa Depan bukanlah hak orang-orang yang bodoh dan lemah, tetapi dimiliki oleh orang orang yang Bijaksana dan berani berubah."
Sekiranya beberapa tahun yang lalu kehidupan kita agak muram,mungkin inilah peluang kita untuk membuat Transformasi diri. Kehidupan yang lalu biarkanlah ia berlalu pergi,tiba masanya untuk kita melihat ke hadapan demi masa depan yang cerah.
Sekiranya beberapa tahun yang lalu kita asyik berangan - angan inginkan sesuatu yang baik bagi diri dan kehidupan ini,namun ia hanya angan- angan kosong, sudah tiba masanya untuk kita mencari suatu formula. Formula apakah itu?
Sekiranya kehidupan kita yang lalu penuh onak , ranjau dan duri,kini tiba masanya untuk kita mencari kekuatan diri.Kalau dulu angan-angan tidak pernah kesampaian kini ,formulanya sudah ada.Mari kita bentuk angan -angan itu menjadi getaran jiwa yang sepadu.
Mahukah Anda mempraktikkan Formula tersebut? ini adalah formulanya yang boleh kita jadikan untuk menggetarkan jiwa agar angan angan kita menjadi nyata :
Formula Getaran Jiwa:
Akal + Jasad + Rohani = Hasil ( Kejayaan )
Untuk berjaya/Hasil, kita perlu Getaran Jiwa yang Sepadu.
Semoga dengan formula yang ada, kita bertambah yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t. Kita lakukan dengan sebaik mungkin agar kesepaduan jiwa dengan bergabungnya akal,Jasad dan rohani sentiasa bergetar aktif. Sekiranya jiwa sentiasa bergetar itu maknanya hidup kita sentiasa bersemangat,riang dan ceria.Buang kemurungan…buang kemurungan kerana kemurungan tidak membawa apa-apa makna dalam hidup, malah makin membuatkan hidup kita jauh daripada kebahagiaan ( kejayaan ).
Mari kita berikan satu kepastian kepada Minda bahawa kita akan berjaya, seterusnya Jasad kita berusaha dan bekerja tanpa perlu khuatir akan akibatnya , selepas itu,mari kita kukuhkan roh/rohani dengan berdoa ( solat/zikir/Baca Al-quran dll) kepada Allah yang maha Esa, insyaallah hasilnya pasti memuaskan.
Percayalah bahawa ke tiga tiga proses tersebut memberi kekuatan yang menjana seluruh tenaga untuk mencapai hasil yang memuaskan.Insyaallah hidup kita pasti bahagia.
Itulah tahap pertama bagi kita menikmati proses kebahagiaan/kejayaan.Kita akan berasa tenang,tenteram dan inilah kejayaan peribadi yang dapat kita rasakan.Gunakanlah formula terdsebut dengan sebaik-baiknya jangan pula hingga membinasakan diri kita sendiri.
Ini ada beberapa soalan yang perlu kita jawab,untuk menjadikan kita mencapai kejayaan yang sejati;
Lihat diri,cermin diri,tanya diri …….setiap manusia dapat mencapai kejayaanya dengan membentuk wawasannya sendiri…..bentuklah wawasan kerana anda sudah mempunyai kekuatan….
" Sharing Is Caring "
Rujukan"
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof , e-Class Services, 2007, Johor.

- Apakah yang harus anda Lakukan?
- Apakah yang membuat orang lain berjaya?
- Apakah yang membuat kawan-kawan Saya berjaya dalam hidup mereka?
- Apakah yang mereka telah lakukan sehingga mereka berjaya?
Lihat diri,cermin diri,tanya diri …….setiap manusia dapat mencapai kejayaanya dengan membentuk wawasannya sendiri…..bentuklah wawasan kerana anda sudah mempunyai kekuatan….
" Sharing Is Caring "
Rujukan"
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof , e-Class Services, 2007, Johor.
Isnin, 4 Ogos 2014
Aku Berkuasa Atas Hidupku
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal,
(Eleanor Roosevelt )
- Tidak ada yang dapat menghalangiku untuk menempuh jalan kesuksesan.
- Aku berkuasa atas hidupku sendiri, aku menjadi apa yang aku mahu.
- Jangan pernah meremehkan dirimu sendiri, karena orang lain akan ikut meremehkanmu juga.
- Kalau ingin menjadi orang besar, lakukanlah hal-hal yang besar.
- Orang besar tidak akan menjadi kecil oleh hinaan dan cacian dari orang lain.
- Tidak ada yang boleh mengalahkan aku karena Tuhan sumber kekuatanku!
"Tuhan. . . Berkati dan berikan aku cahayamu, agar menjadi pemenang dan selalu menjadi orang besar dalam hidupku."
Semua manusia inginkan kejayaan berlaku dalam dirinya tetapi pelbagai cara yang membezakan mereka berjaya atau gagal.ada orang yang hanya melihat kejayaan orang lain, ada orang yang hanya berdoa tanpa buat apa-apa, ada orang yang bertindak pantas.Pelbagai cara inilah yang membezakan seseorang berjaya atau tidak.
Kita boleh mencapai kejayaan dengan mempercayai bahawa kita adalah nombor satu.Kita berhak berjaya dalam bidang yang kita ceburi, tidak kira apa bidang kerana itu adalah hak kita.Orang lain tidak berhak mengatakan "tidak" kepada kita kerana hidup ini kita yang menentukannya.Jangan sekali-kali memberi laluan kepada orang lain untuk bertindak sedemikian terhadap cita-cita kita.Siapa mereka yang harus meremehkan kita? Kita harus perjuangkan diri kita.
Ingatlah, setiap tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini memerlukan baja untuk hidup dan membesar, samalah juga halnya dengan diri kita ini.kita perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang tersendiri untuk memajukan diri kita.Jika gabungan Ilmu dan pengetahuan kita gunakan untuk bertindak,insyaallah kita akan berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
Ingat, kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata kemungkinan kita akan menghadapi kegagalan tetapi ia hanya sementara sahaja.Adalah lebih baik kita jadikan setiap kegagalan dan pengalaman itu sebagai jambatan untuk kita meneruskan impian demi mencapai kejayaan.
Amalkan prinsip perjuangan hidup yang sesuai bagi diri kita sebagai seorang yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang yang kita ceburi.Jangan khuatir apa orang lain cakap terhadap perubahan kita.Biarkan mereka berkata apa sahaja kerana itu hanya sementara sahaja.
( Al-Imran : 110)
Manusia mempunyai kekuatan yang luar biasa,walaupun pada zahirnya manusia diciptakan Allah lemah berbanding dengan makhluk lain,tetapi melalui akal yang dianugerahkan kepada kita,manusia dapat mencipta pelbagai perkara.
Melalui imaginasi kita dapat mencipta sesuatu.kitalah yang menciptakan kejayaan,kebimbangan,ketakutan, kemarahan dan pelbagai hal dan perasaan.Oleh itu,kita sendirilah yang menciptakan arah tuju hidup kita sama ada mahu berjaya atau gagal dalam hidup.Kita adalah pencipta masa depan kita dengan izin Allah.
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya"
( Al-A'raf : ayat 56 )
P/s: Semoga tajuk yang saya tulis hari ini dapat memberikan kita manfaat.Semoga kita sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa juga cabaran.
Rujukan :
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof,e-Class Services ,2007.Johor.
Ahad, 3 Ogos 2014
Bagaimana Menghormati Diri Anda?
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini..
salam syawal,
" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…"
( Al-Imran: 110)
Tanamkanlah kesedaran dalam diri anda sendiri dan yakinlah bahawa kasih sayang itu tidak dapat dinilai.Ianya tersendiri dan tulin yang perlu dikongsi bersama dalam kehidupan kita.dalam erti kata, bahawa setiap perlakuan hendaklah dilakukan dengan baik agar membawa kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.
Tiga Prinsip untuk menghormati Diri Sendiri:
- Seharusnya jangan melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.
- Memberi layanan yang mesra dan sedia memaafkan orang lain.
- Jangan membanding-bandingkan kelemahan anda dengan orang lain tetapi bandingkanlah diri anda yang dahulu dengan yang sekarang.
Tiga prinsip ini sangat baik dan sesuai untuk menyayangi dan menghormati diri anda sendiri.
Ingat Tiga jenis manusia yang ada di muka bumi ini:
- Manusia yang inginkan kejayaan.
- Manusia yang terpedaya oleh masa.
- manusia yang tidak tahu apa yang berlaku dan selalu iri hati serta buruk sangka terhadap kejayaan orang lain .
Jenis manusia yang pertama;
- sentiasa dalam keriangan.Imejnya positif dan sentiasa tersenyum.Percaya dengan apa yang dilakukannya akan mendatangkan hasil.Mereka ini adalah juara kerana berupaya merangsang dan mempamerkan kasih sayang yang padu.
Jenis Manusia yang ke Dua;
- sentiasa dalam kesibukan,sering kecewa dan dikecewakan,terpedaya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Mereka tidak mahu mengalah dan tidak mudah memberi dan meminta maaf,bersifat egois.
Jenis Manusia yang ke Tiga;
- Sentiasa bersikap dendam dan merajuk.kedua-dua penyakit psikologi yang sebati yang ada dalam diri setiap manusia.Tanpa kita sedari ianya adalah satu penyakit yang perlu diubat.
Semoga kita berada dalam golongan manusia yang pertama,iaitu sentiasa tersenyum,yakin,percaya dengan apa yang dilakukan, berupaya merangsang minda untuk menjadi orang yang berjaya dan sentiasa melahirkan rasa sayang menyayangi antara satu dengan yang lain.Hormat-menghormati dan saling bertimbang rasa.
P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua.
" Sharing Is caring"
Rujukan:
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof ,e-class sevices, 2007, Johor.
Senyumlah!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pembaca bloog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,
Salam Syawal,
pada jam ini saya ingin menulis tentang senyum.Kenapa saya menulis tentang Senyum? Jika ingin tahu ,mari teruskan pembacaan anda.
Alangkah cantiknya jika seseorang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir….cuba anda lihat dan fikirkan sejenak bagaimana rupa orang senyum dan rupa orang yang tidak senyum. Senyuman yang kita lemparkan pada seseorang adalah sedekah.
senyumlah..seisi alam akan tersenyum kepada kita.Pada saat kita menghadapi kerisauan , cubalah senyum supaya badan kita mengeluarkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.Apabila tersenyum, kita seolah-olah mendapat kekuatan baru.
Senyumlah bukan hanya tatkala gembira,tetapi pada saat-saat yang lain juga kerana senyuman itu boleh membuatkan kita berasa lebih baik.Bermula dari kurang ceria kepada ceria, muram kepada bersemangat dan takut kepada berani.
Rasulullah s.a.w adalah model terbaik pemimpin yang sentiasa tersenyum.Baginda akan terlebih dahulu melemparkan senyuman sebelum orang lain.Senyuman ikhlas baginda dapat melembutkan hati sesiapa sahaja.Ia adalah pembuka kepada urusan kerja baginda sebagai pemimpin negara dan tokoh Islam.Malah dianggap sebagai ketua keseluruhan alam.Senyuman itu membuka jalan kepada kemenangan dan kejayaan baginda.
Jadi apa tunggu lagi?mari kita praktikkan senyum…senyum…
Apakah Kelebihan dan Faedah Senyum?
Senyuman adalah cara terbaik untuk membuat diri kita lebih menonjol di samping membantu badan berfungsi dengan lebih baik. Senyum juga dapat meningkatkan kesihatan, tahap tekanan dan daya tarikan.Senyum lebih merapatkan kita dengan orang sekeliling.Malah senyum adalah percuma tanpa bayaran.Senyuman adalah Bonus kepada diri kita.
Senyumlah kepada semua...
Sekian …."Sharing Is Caring"

- Senyumlah pada saat kita melangkah ke tempat temu duga.
- Senyumlah pada hari pertama melangkah ke tempat kerja
- Senyumlah walaupun kita menghadapi rasa konflik,supaya dapat menanganinya dengan rasional dan tenang.
- senyumlah terlebih dahulu sebelum orang lain senyum pada kita.
- Senyumlah …senyumlah…senyumlah…( Asal tidak dikata gila..hheheh)
Senyuman adalah cara terbaik untuk membuat diri kita lebih menonjol di samping membantu badan berfungsi dengan lebih baik. Senyum juga dapat meningkatkan kesihatan, tahap tekanan dan daya tarikan.Senyum lebih merapatkan kita dengan orang sekeliling.Malah senyum adalah percuma tanpa bayaran.Senyuman adalah Bonus kepada diri kita.
- Senyum membuatkan kita kelihatan lebih menarik
- Senyum merubah mood kita
- Senyum juga berjangkit.
- Senyum melegakan tekanan
- Senyum meningkatkan sistem imun kita
- Senyum merendahkan tekanan darah kita
- Senyum melepaskan Endorfin, Natural Pain Killers dan Serotonin
- Senyum meregangkan otot muka menjadikan kita kelihatan muda
- Senyum menjadikan kita kelihatan berjaya
- Senyum membantu kita berfikiran positif
Senyumlah kepada semua...
Sekian …."Sharing Is Caring"
Wanita , Niat Dan Tudung
Assalamualaikum dan salamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal ( hari ke 7 ,3/8/2014 ),
" Harga diri adalah mahkota setiap insan.Jika hilang harga diri,hilanglah mahkota tersebut.Harga diri diibarat cermin kepada diri sendiri.Tidak mungkin seseorang itu disanjung secara ikhlas andai tidak mempunyai harga diri.Harga diri merupakan nilai yang kita letakkan kepada diri sendiri dan juga nilai bagi orang yang melihat diri kita.Berkemungkinan kita berasa mempunyai harga diri yang tinggi, namun orang lain melihat sebaliknya disebabkan oleh tingkah laku serta sikap kita "
Suasana beraya di kampung halaman tidak terucap dengan kata-kata bagaimana seronok dan gembiranya berjumpa dengan keluarga. Pada ramadhan yang berlalu,ramai wanita-wanita yang memasang azam untuk berubah.mereka berniat pada ramadhan , melakukan sesuatu perubahan yang positif.
Niat merupakan inti sesuatu perlakuan tanpa niat apa yang kita lakukan tidak ada makna.berniat kerana Allah adalah kunci semua ibadah.Pada ramadhan lalu,beberapa orang artis wanita seperti Nilofa dan Ziana Zain telah melakukan penghijrahan dari tidak menutup aurat( tudung) kepada menutup aurat ( memakai tudung).Ramai juga dalam kalangan peminat yang mencemuh mereka.Siapa kita sebenarnya yang menghukum seseorang? terpulanglah kepada niat seseorang untuk memakai tudung.kita seharusnya bersyukur melihat perubahan seseorang ke arah yang positif.
Seorang anak buah yang cantik molek,kiranya sebelum ini dia tidak memakai tudung, kini telah berubah wajah.Pemakaian tudung dewasa ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan.saya bertanya pada anak buah.." Awak pakai tudung? ahh…begitulah,lebih cantik dan ayu memakai tudung." Anak buah menjawab: "ya macik saya sudah pakai tudung,tapi ramai wanita memakai tudung hanya kerana trend."…Saya menjawab; " terpulang kepada niat masing-masing,tidak ada salahnya bertudung dan berhias…wanita memang tidak dapat lari daripada hiasan dan kecantikan..kerana itu adalah sifat semulajadi wanita, ingin kelihatan cantik." Saya menyambung bicara lagi; " teruskanlah memakai tudung,hari ini berjenis-jenis jenama tudung,terpulang kepada kita untuk memilih.pakailah tudung ,yang penting ia menutup aurat."….anak buah senyum sambil berkata,insyaallah."
Kepada wanita-wanita yang belum lagi memakai tudung, cubalah berniat dalam hati pada suatu hari nanti pasti memakai tudung ( menutup Aurat ) .Allah pasti mendengar niat ikhlas kita.Usahakanlah dengan sungguh-sungguh niat anda.Insyaallah…Allah akan bukakan hati anda untuk memakai tudung.
Sungguh cantik dan molek wanita memakai tudung dengan pelbagai jenama seperti "Tudung Fareeda", "tudung " D,Salmah ", " Tudung Siti ," " Tudung Aidijuma" "Tudung HalfMoon" dan bermacam-macam lagi.semua tudung yang ada di pasaran sangat cantik dan menawan tidak seperti tudung 70-an,80-an dan 90-an, yang dikatakan seperti Pocong.Kenapa saya panggil pocong? kerana saya sendiri memakai tudung pernah dipanggil Pocong dan hantu ….hehhehe sungguh tragis.
" Apabila hambah-hambahKu bertanya kepadaku tentang AKU,maka jawabla dan bahawasanya AKU adalah dekat.AKU mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta daripadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi( segala perintah) KU dan beriman kepadaKU,agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( surah al- baqarah:186)
Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Allah mencukupkan keperluannya.itu adalah janji Allah dalam surah At-talaq:3.
Sekian coretan saya pada jam ini dan masa ini…Semoga apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada saya dan juga Anda..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
" Sharing Is Caring"

Pasang Wafi Untuk Rumah Kampung
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini,
Salam Syawal,
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN "
Pada jam ini dan masa ini, teringin saya mengucapkan Selamat hari Raya mohon ampun dan maaf kepada Anda sekiranya ada tertulis dalam blog Hijrahku ,kata-kata dan ayat-ayat yang boleh menyinggung perasaan anda.Semoga hati kita semua disucikan Allah untuk saling memaafkan.
Pada Syawal ini, saya dapat menulis blog serta dapat membuka Fb secara lancar walaupun bercuti di kampung halaman.Kepulangan saya kali ini sungguh bermakna kerana, saya telah menggembirakan hati anak-anak buah serta keluarga.
kepulangan saya beraya ke kampung halaman kali ini tidak seperti tahun-tahun lalu kerana saya membawa sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga.Saya telah melanggan WIFI CELCOM tampa wayar khas untuk keluarga.Sungguh mudah hidup ini,hanya guna modem,simkad,dan soket.kemudian pasang dan cucuk ke plug lepas itu onn.
Sebagai seorang guru, saya amat memahami bagaimana pelajar-pelajar sekarang amat memerlukan hubungan internet dengan pembelajaran mereka.Saya dapat melihat dari anak saya sendiri yang berada dalam tingkatan 3.Mereka sekarang bukan lagi PMR tetapi PT3,tugasan yang diberikan pada mereka memerlukan mereka mencari sendiri bahan yang berkaitan di internet. .Mereka mengakses sendiri dan mencari bahan bahan seperti mata pelajaran Geografi dan sejarah bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan pada Julai lalu.
Kebijaksanaan pelajar-pelajar sekarang dalam meneroka serta mengakses internet sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. banyak bahan dari internet yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar yang mempermudahkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
Sebagai seorang kakak, macik kepada adik - beradik dan anak- anak buah , rasa bertanggungjawab demi masa depan mereka agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan,pemodenan dunia khasnya dalam bidang pendidikan." dalam hasil usaha kita atau dalam rezeki kita,ada hak orang lain ( keluarga) ."….bayaran bulanan RM 85,anggap ia sebagai sedekah demi memanusiakan orang lain.kalau bukan kita yang membantu keluarga ,siapa lagi ? ." sayang menyayang antara kita lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan.Semoga Allah bukakan pintu hati kita agar sentiasa berbuat baik kepada sesama insan.
Namun begitu,walaupun internet banyak kebaikan yang kita perolehi tetapi kepada ibu- bapa,kakak dan abang,tolong pantau adik- adik,anak buah anda dalam melayari internet.Semua pihak harus bertanggung jawab dalam menangani perkara-perkara yang negatif kemungkinan berlaku.Kita bimbang anak-anak kecil,remaja sama ada secara sengaja atau tidak sengaja membuka dan melihat sesuatu yang seharusnya tidak mereka lihat kerana ini boleh merosakkan fikiran dan minda mereka.
Gambar-gambar lucah,bogel,penjenayahan,pembunuhan dan video yang tidak bermoral banyak terpampang di mana-mana sahaja.Perkara seperti inilah yang harus kita cegah agar anak-anak kecil,remaja dan meningkat dewasa tidak terpengaruh dengan benda seperti itu.
Kepada Allah saya panjatkan syukur kerana memberi rezeki sama ada wang ringgit,kesihatan,harta ,kebahagian, ilmu, dan kasih sayang keluarga yang sentiasa mekar. Rezeki tersebut pula dapat saya kongsi faedahnya kepada keluarga.
Sebab itu,pada jam ini dan masa ini saya dapat menulis dalam blog Hijrahku,walaupun bercuti Raya di kampung kerana WIFI sudah ada di Rumah Ibunda dan ayahanda tersayang.Syukur Alhamdulillah…terima Kasih ya Allah…terima kasih ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang engkau berikan.
Inilah coretan ku untuk jam ini dan masa ini.

Langgan:
Catatan (Atom)