Selasa, 3 Disember 2013

Wanita Besi

Tunjuk berani demi kerja – Maznah

MAZNAH HAMID



 ‘Wanita waja’, Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.

 Anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu telah memperuntukkan masanya dan menceritakan serba sedikit hal peribadinya.

Sebagai wanita besi beliau banyak berkorban demi menjaga nama yang telah diciptanya ini.

“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.

“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.

Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.

‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.

Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.

Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.

Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.

Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.

Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.

Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.

Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.

‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.

‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya
.
Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.

Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.

‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.

Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.

Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.

Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.

‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.

‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.
Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.

Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.

Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.

Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.

Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.
Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.

Artikel ini Saya petik dar Utusan Online,24/09/2011.

Sharing Is Caring




 

Sesuaikan Impian Anda

 
Mencari kesesuaian diri dalam mencapai impian
 

Salah satu impian yang bertepatan degan diri ialah membebaskan diri daripada kegagalan, kekecewaan kesedihan dan segala macam masalah yang mungkin sedang menanti anda.
 
Ini adalah akibat daripada keadaan semula jadi  kerana telah meracun diri sendiri dengan pelbagai hal negatif yang tidak bersesuaian dengan aliran hidup. 
 
 kesilapan sendiri yang menyebabkan kita sering mencapai apa yang bertentangan daripada perkara yang  diingini.

Oleh itu impian yang munasabah merupakan peluang untuk membebaskan pemikiran daripada sebarang belengngu dan memanfaatkan semua kuasa yang hebat yang ada dalam diri kita untuk membentuk kehidupan yang kita impikan selama ini..

Kita sebenarnya memiliki kekuatan  yang hebat dimana kita boleh mencapai impian yang diinginkan.  Tugasnya sekarang ialah mencari dan meneroka  diri   dan cuba melahirkannya ke alam realiti .
 
 Salah satu cubaan yang paling besar dan mencabar dalam hidup ini ialah, kita perlu mencari apa sebenarnya yang kita hajati. Sebab itu,matlamat perlu dibentuk agar kita tidak terkapai-kapai mencari impian saat ingin menciptakannya.
 
Cabaran yang paling besar adalah melawan diri sendiri.Melawan diri sendiri dan bersaing dengan diri sendiri demi mendapatkan apa yang telah tertulis dalam minda,apa yang telah tertulis dalam  Dream Book dan apa yang tertulis dalam Dream Board, anda.
 
Semoga perkongsian kita ,kali ini memberi manfaat kepada Saya dan juga anda.

Isnin, 2 Disember 2013

Hukum Getaran @ Tarikan

Bagi penggemar buku atau ulat buku,hukum getaran ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.Ramai pengarang  menulis mengenai Hukum    tarikan  atau getaran ini.


Melalui tulisan Saya pada kali ini,Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan hukum Law Of Attraction.Bagi pembaca yang tertarik dengan tajuk ini,anda bolehlah belajar lebih lanjut dengan membaca buku-buku Hukum tarikan,banyak di gedung gedung buku.Saya sendiri dalam proses belajar dan mendalami Hukum Tarikan.

Melalui orang-orang yang telah mengaplikasikannya,memang ia suatu keajaiban yang dasyat.Hukum ini bertindak balas mengikut fikiran yang difokuskan.

Sebenarnya kita semua sedang bekerja mengikut aliran hukum ini,cuma kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya bertindak,bergerak adalah mengikut hukum tarikan.Untuk menyelami ilmu yang kini meledak di seluruh penjuru dunia,mari kita perhatikan :


                                            Definisi Hukum Tarikan

                 Saya menarik dalam hidup Saya,apa sahaja perkara yang Saya berikan
                 sepenuh perhatian,tenaga dan fokus,sama ada perkara baik ataupun 
                 perkara buruk.( mengikut  para bijak pandai ).

Sekarang pula Saya ingin kongsikan berkenaan dengan hukum ini ,apa yang diperkatakan oleh para pakar/bijak pandai dan para motivator. Mari kita selami bersama-sama:

          " akan tertarik kepadanya apa yang sama sepertinya"
                                                               Jerry dan Esther Hicks ,
                                              (The Teachings Of Abraham) Ask And It Is Given. 


" Kamu menarik apa yang kamu pancarkan menerusi fikiran,perasaan,gambaran minda dan tutur kata ke dalam hidup kamu "
                                                   Chatherine Ponder,
                                            Dynamic Law Of Prosferity


" Setiap apa yang difikirkan pasti menjadi nyata sesuai dengan kekuatannya.
   selemah-lemah kecerdasan, pemikiran mampu menggerakkan kuasa hukum ini
  bagi menghasilkan perkara yang sepadan@sama"
                                                                                          Ernst Holmes
                                                                  Basic Ideas of Science Of Mind.


" Kamu adalah sebatang Magnet Hidup,kamu dapat menarik orang,situasi dan keadaan yang harmoni ke dalam hidup dengan menggunakan pemikiran dominan kamu.Apa sahaja yang kamu fikirkan dalam keadaan sedar akan berkembang menjadi pengalaman."
                                                                                       (  Brian Tracy)


Itulah sahaja yang dapat Saya kongsikan berkenaan dengan Hukum tarikan @getaran.Hukum ini sebenarnya memang sudah wujud sejak  sekian lama.Nama -nama berikut adalah pencetus kepada hukum ini,Walles The wattles,Albert Einstein dan dibongkar semula oleh Rhonda Byrne pada era ini.

Bagi kita umat Islam,Hukum ini sudah lama wujud tetapi bersesuaian dengan hukum Islam, dalam Al-Quran dan Pemimpin Agung,Nabi Muhammad s..a.w

Sebagai ulasan dari hukum ini;

Hukum Tarikan bertindak balas kepada apa sahaja getaran yang kamu keluarkan dengan memberikan semula lebih banyak getaran itu kepada kamu,sama ada getaran itu positif ataupun negatif. Ia benar-benar bertindak balas kepada getaran kamu .

 ( menurut para pakar dalam bidang ini dan yang telah  mengaplikasikannya dalam hidup)

Semoga perkongsian kita kali ini menjadikan kita ingin meneroka lebih lanjut Hukum Tarikan @getaran@LOA.

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari Saya sendiri.




Tip Menyuburkan Roh Cinta

  • Budayakan Senyuman,salam dan berjabat tangan di dalam dan di luar rumah .

  • .Buat aktiviti kebajikan bersama-sama seperti menghadiri Program Kemasyarakatan .

  • Buat ibadah -solat jemaah,menghadiri kelas pengajian,berdoa berpuasa dan lain-lain bersama.

  • Amalkan mengucapkan kata-kata yang sopan dan manis kepada pasangan seperti minta maaf,tahniah,terima kasih dan puji pasangan.
 

  • Cubalah bertanya kepada pasangan sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya.

  • Cuba kawal kemarahan ,jangan biarkan kemarahan menghancurkan suasana harmoni rumah anda.

  • Bergurau sendah dan bergembira dengan pasangan.Amalkan sikap penyayang dan kurangkan sikap terlalu serius semasa dalam rumah.

  • Ingatlah tarikh-tarikh yang penting dalam hidup pasangan seperti tarikh Hari jadi,tarikh perkahwinan.

  • Kemas rumah bersama-sama seperti menyusun kerusi-meja,mengelap kipas ,mengelap jendela,menyusun buku-buku, surat khabar dan beberapa perkara lagi.
Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menyuburkan cinta dan roh kasih sayang bersama pasangan.Fikir-fikirkan........

Semoga perkongsian kita hari ini,memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.


Ahad, 1 Disember 2013

Latih Anak Menjadi Juara

Juara tidak lahir dengan sendirinya,juara lahir melalui  latihan dan kemahiran.

Antara langkah untuk melatih anak anda menjadi juara adalah:

  • didik anak dengan kemahiran sosial seperti berucap,bercerita,berpuisi ( Public Speaking ), berkomunikasi,bergaul,cekap,tahan cabaran,mempertahankan maruah,berkepimpinan dan pandai menyesuaikan diri.

  • Latih anak supaya rajin membaca.luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan,bagi dorongan dan sokongan.

  • Latih supaya pandai menyelesaikan masalah supaya ada inisiatif sendiri untuk membantu meyelesaikan masalah dalam kalangan keluarga.

  • Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.

  • Latih berpuasa sunat Isnin Phamis.

  • Latih anak dalam pelbagai aspek seperti menyesuaikan diri dalam majlis,berpakaian dll.

  • Latih anak menjadi Pemimpin sejak kecil.

  • Ajar anak berniaga kerana dengan perniagaan melatih anak cekap dan beramanah.

  • Dengar apa yang diperkatakan oleh anak.Beri pandangan sekiranya ia bertentangan dengan tatasusilah.

  • Didik anak sehingga mampu untuk membuat keputusan sendiri.

  • Latih anak menggambarkan sesuatu perkara yang abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasannya.

  • Latih anak bervisualisasi  iaitu menggunakan teknik bayangan dalam minda.Menggambarkan sesuatu perkara @ cita-cita tercapai dalam minda walaupun ia hanya imaginasi@angan-angan.

Juara tidak lahir semalaman,juara tidak semestinya dalam kalangan keluarga atasan,juara dipupuk dan dibina dengan susah payah.Jadi juara memerlukan pengorbanan banyak pihak.Untuk jadi juara,sesiapa sahaja boleh mencapainya...tapi dengan syarat,latihan bersungguh-sungguh dan bertindak merealisasikannya.

Semoga perkongsian kita kali ini memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.

Sumber Rujukan: Solusi 2010

Wanita Beribadah Sambil Bekerja

Dunia hari ini menyaksikan  betapa ramai wanita yang keluar rumah untuk bekerja.Wanita juga memainkan peranan untuk membantu keluarga, mengukuhkan ekonomi dan kedudukan kewangan.

Kesibukan wanita bekerja di luar rumah, tidak kurang juga hebatnya mereka ini,  sibuk meneruskan kerja-kerja di rumah.Melayan anak-anak dan berkhidmat untuk suami.

Ekoran daripada hal sibuk-menyibuk ini @ kesibukan ini,wanita terbatas untuk melakukan beberapa perkara  sunnah.

Walau bagaimanapun, ada cara dalam menyelesaikan hal ini.Berikut adalah beberapa wasilah yang sesuai:

  1. Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
  2. Menjauhkan diri daripada mengumpat@berpuasa lisan.
  3. Beristigfar memohon keampunan dan berselawat atas Nabi  Muhammad s.a.w.
  4. Mendengar bacaan ayat-ayat suci alquran (dalam perjalanan@kereta)
  5. Bersedekah dengan senyuman.
  6. meluangkan waktu solat dhuha.
  7. Menyegerakan solat fardhu.
  8. Mengucapkan salam kepada rakan sekerja muslim.
  9. Niat kerja sebagai satu ibadah dan ikhlaskan niat semata-mata menggapai redha Allah.
  10. memastikan sentiasa memakai pakaian menutup aurat.
  11. menjaga pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina.
Semoga perkongsian kita hari ini,mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Memburu Kecemerlangan Perlu Bentuk Matlamat (Pelajar IPT)

Matlamat merupakan kunci kecemerlangan dan kompas yang menunjukkan arah ketika anda menghadapi kesulitan dalam menjalani kehidupan.

untuk membentuk matlamat yang jelas anda mesti membahagikannya kepada beberapa tahap  berikut:
  • Peranan Hidup
  • Masa
Anda seharusnya sedar bahawa anda dilahirkan dan hidup di muka bumi ini, bukan semata mata untuk belajar bagi mengejar segulung ijazah,sebagai manusia anda wajib memainkan perana peranan anda.
  1. Sebagai individu.
  2. Sebagai ahli keluarga, iaitu anak, abang, adik atau pun kakak.
  3. Sebagai ahli masyarakat seperti pelajar atau ahli persatuan yang perlu berinteraksi dengan masyarakat.
Bagi semua peranan tersebut, anda harus menetapkan matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang yang ingin dicapai.

dengan adanya matlamat yang jelas untuk merangkumi setiap peranan, anda akan dapat memfokuskan tenaga dan potensi anda ke arah merealisasikan matlamat tersebut.Matlamat yang anda bentuk akan membantu anda dalam hal -hal seperti:
  1. Membina keyakinan diri
  2. Membina kepekaan terhadap  perkara-perkara yang menjadi keutamaan dalam kehidupan anda.
  3. Membina kemahiran untuk membuat keputusan yang baik selaras dengan matlamat yang ditetapkan.
  4. merangka serta merancang jadual waktu yang praktikal dan efektif untuk memastikan kehidupan anda berada dalam keseimbangan yang harmoni dan aman.

Kenapa Saya tidak mendapat cemerlang ?????

Matlamat yang dibentuk oleh kebanyakan pelajar sering tidak dapat direalisasikan kerana beberapa faktor. Antara penyebabya:

  1. Matlamat yang kabur dan tidak dinyatakan secara bertulis.
  2. Kurang keyakinan diri atau tiada sikap proaktif yang mahu merealisasikan matlamat tersebut sehingga matlamat yang dibentuk terkubur di pertengahan jalan.
  3. Sikap mengaku kalah apabila menghadapi  halangan dan cabaran.
  4. Mudah terpengaruh oleh  suasana persekitarat sehingga terpesong dari arah tujuan.
Pelajar -pelajar perlu memikirkan secara serius tentang matlamat yang ingin dicapai dalam kehidupan anda  sebagai pelajar dan memgejar kecemerlangan dalam IPT.

Matlamat yang dibentuk dan ingin dicapai sepatutnya mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Matlamat hendaklah ditulis dan dinyatakan dengan jelas.Matlamat yang anda tulis hendaklah diletak di tempat-tempat yang strategik seperti di  atas meja anda belajar,dalam diari. Anda perlu menatap serta membaca matlamat itu sekerap mungkin dan berulang-ulang, agar anda akan sentiasa ingat kembali matlamat yang ditentukan.
  2. kaedah dan tindakan -tindakan yang perlu dilaksanakan hendaklah dikenal pasti dan strategi diatur dengan baik.
  3. Matlamat yang ditulis hendaklah realistik,mencabar dalam jangkauan kemampuan diri dan  potensi diri.
  4. matlamat yang ditulis mestilah spesifik agar boleh diukur dan dinilai pencapaiannya.
  5. setiap matlamat yang ditetapkan diberi satu jangka masa tertentu untuk merealisasikan@mewujudkannya.
Setelah anda menetapkan matlamat hidup dengan jelas dan menyeluruh,anda perlulah  berusaha dan bertindak @ take Action  agar impian anda tercapai.

                        " Sesuatu perancangan yang dilaksanakan dengan sempurna
                           adalah lebih baik daripada perancangan yang sempurna tetapi
                           tidak dilaksanakan "
                                                              ( Tun Dr.Mahathir Mohamad )

                           " Nothing Happen in the Wold until You take action.
                              All Power is from within and therefore under our control.
                              You must step up and take action for anything in order to change "
                                                                (T.Shea Ellison )

Dunia bertindak balas terhadap apa yang anda niat (Matlamat ) dan fikirkan.Ia juga akan bertindak balas  kepada setiap tindakan yang anda lakukan.

 Apabila anda bertindak ,anda sebenarnya menggerakkan semua emosi untuk menarik impian anda supaya menjadi semakin hampir kepada anda.

Hanya dengan bertindak anda boleh membuktikan kepada semua orang yang impian anda bukan lagi satu angan-angan,sebaliknya ia akan menjadi kenyataan.

Apa yang anda fikir,apa yang anda tahu atau apa yang anda percaya menjadi sia-sia jika tidak disusuli dengan tindakan yang sungguh-sungguh.

Sebenarnya tindakan meterjemahkan impian@matlamat,yang selama ini anda simpan dalam minda@otak dan hati anda. Bak kata Pepatah."Perjalanan Seribu Batu,bermula dengan langkah pertama " 

                  " What we think or what we know or what we believe is,
                     in the end,or little consequence is What We Do."
                                                      ( John Rusdin )
                    
Semoga perkongsian kita kali ini,memberi manfaat kepada Saya dan Juga Anda.